Ketika mula membelek buku-buku indie di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 yang lalu, Sherrina pegang buku ini dulu. Menuju Nafas Terakhir karya Petak Daud. Belek beberapa helai, macam menarik je. Cubalah.
Sebaik mula membaca, susah mahu meletakkannya. Serius buku ini menarik dan penulisan yang bagus dan luhur dari seorang penulis yang sangat muda usianya.
Bukan senang berjumpa buku yang mana kita baca dan terpaksa letak seketika untuk fikir dan hadamkan isi penulisannya. Memang menjentik minda! Sherrina tidak pernah membaca buku sehingga ambil foto isinya kerana sangat tertarik dan ingin kongsikan dengan orang ramai. Biasanya jika jumpa ayat yang menarik, hanya dilipatkan sahaja mukasurat itu. Tetapi di buku ini, ianya perlu dikongsikan.
Hehehehehe sekolah dari kacamata seorang generasi Y. Sherrina yang generasi X memandang sekolah tempat yang mesti pergi dan mesti seronok sebab kita memang generasi yang patuh dan takut membantah 😀
Aiseh, ada sesetengah ayatnya macam serupa pula dengan jalan cerita hidup Sherrina. hehehe
Ahha….karekter generasi Y. Kita yang dah biasa berperaturan memahami dan akur aje dengan apa yang sudah ditetapkan.
Masalah yang sama juga. Maka penulis Malaysia, cepat-cepatlah kembangkan bidang ebook. Saya dah tak punya ruang nak simpan buku fizikal lagi.
Kesimpulan mengenai buku Petak Daud ini, memang best dan wajar dibaca 🙂