Positive Emporium Lubuk Hiasan Motivasi

Positive Emporium Lubuk Hiasan Motivasi

Pernah dengar Positive Emporium? Ianya sebuah kedai yang menjual pelbagai cenderamata berkaitan motivasi. Sherrina mula mengenali mereka ketika membeli sticker-sticker motivasi mereka di bazaar di The Curve. Sherrina akan tampalkannya pada cover tablet. Ia akan digantikan dengan sticker baru setiap 6 bulan bila sudah lusuh. Baru-baru ini, Sherrina menukar cover tablet kerana sudah lusuh. Rasa aneh melihat cover tablet kosong tanpa sticker motivasi daripada Positive Emporium. Sherrina cari mereka di Facebook dan mendapatkan alamat kedai mereka. Lagipun Sherrina plan nak beli 1 frame motivasi untuk diletak didinding ofis Projek Iqra’ yang kosong ini.

 

Positive Emporium 

Kedai Positive Emporium terletak di Publika. Hmm…jika tak familiar dengan bangunan ni susah juga nak cari. Cari MPH kerana mereka berdekatan dengan MPH dan eskalator turun ke Ben’s

Positive Emporium1 Masuk je ke kedai ini, terus terpesona dengan pelbagai produk yang memaparkan pelbagai ayat-ayat motivasi.

Positive Emporium2 Sherrina disapa oleh staff Positive Emporium yang sangat ceria. Mereka memberikan Sherrina sebuah katalog untuk Sherrina pilih ayat motivasi mana yang dicari. Wah, senangnya! Sebab ada katalog. Nak memilih tu memang susah. Sebab rasa macam semua ayat sangat best.

Positive Emporium3 Di dinding kedai mereka juga penuh dengan pelbagai hiasan menarik. Boleh lihat di dinding juga mana tahu ada yang berkenan,

Positive Emporium4 Setelah bincang dengan team Projek Iqra’, kami akan beli 3 unit untuk 3 meja kami. Ini salah satunya. Dah pun pasang di dinding Suhaimi. Positive Emporium5

Ini pula untuk Tuan Pengerusi. Memang sesuai lah dengan dia 😀

Positive Emporium6 Tadaaa…hasil yang diperolehi daripada satu jam berkampung di kedai Positive Emporium. Jika anda tiada idea, bagitau sahaja pada staff mereka apa jenis perniagaan atau apa jenis motivasi yang anda cari. Mereka boleh cadangkan. Mereka memang pakar!

Positive Emporium7 Dengan pembelian melebihi RM100, dapat satu kalendar meja penuh dengan kata-kata motivasi. Suka sangat! Juga baucer diskaun untuk pembelian akan datang.

Positive Emporium8 Oleh sebab Sherrina pun tatau bila lagi nak datang ke Publika ni, Sherrina borong 10 sticker terus. Senang nak gantikan pada tablet bila dah lusuh.

Positive Emporium9 Beginilah rupa cover tablet Sherrina yang tak pernah kosong daripada hiasan sticker.

Positive Emporium10 tadaaaa…..ini Sherrina punya. Sesuai sangat kan! Masa ternampak ni, terus jatuh cinta. Memang sangat sesuai dengan apa yang Sherrina lakukan sekarang. Kawan-kawan di Facebook pun setuju 🙂

Jika anda suka, boleh ke kedai mereka di Publika atau beli je secara online di www.positiveemporium.com 🙂

Oh ya, follow mereka di Instagram dan Facebook boleh tengok poster cantik setiap hari 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *