Ronda di Avenue K

Rabu lepas kebetulan perlu hadir ke bengkel DigiWWWOW pada jam 6 petang di Bangsar, maka meeting dengan Sarah pun dibuat pada hari yang sama jam 11 pagi di KLCC. Sherrina suka susun jadual begini. Jika perlu naik LRT, pastikan semua meeting disusun di lokasi yang menjadi laluan LRT.
The Library Coffee Bar Avenue K

Pada mulanya ingat nak ajak Sarah berjumpa di Starbucks KLCC tapi disebabkan Sherrina terlewat sampai, beliau dahpun menunggu di The Library Coffee Bar di Avenue K. Terpaksa tanya di kaunter pertanyaan lokasi kedai ini. Cantik lokasinya. Turun aje LRT, naik ke Avenue K dalam beberapa tapak dah sampai. Selama ni tak pernah pun merayau di Avenue K ni tapi lepas sesi rayauan ini, suka dengan tempat ni. Dekat dengan LRT. Tidak sesak. Takyah jauh-jauh menapak masuk dalam KLCC. Tenang.

berjumpa Sarah Md Shakh Hampir 3 jam berbual dengan Sarah Md Shakh berkenaan kerja sukarelawan yang dia lakukan di kampungnya yang seperti Kelas Rakyat. Beliau meminta pendapat mengenai silibus dan bagaimana cara terbaik untuk menjalankan program itu. Banyak yang kami bualkan dan bertukar pendapat.

1901 Hot Dog Hampir jam 2pm, kami berpisah. Sherrina mencari tempat lepak untuk menyiapkan kerja sebelum menaiki LRT ke Bangunan UO Bangsar untuk bengkel DigiWWWOW. Ingat nak masuk KLCC tapi KLCC crowded. Ternampak restoran 1901 berdekatan pintu masuk KLCC. Takde orang. Boleh sangatlah. Janji kenyang.

Delifrance Avenue K Selesai makan setelah berfikir, Sherrina patah balik ke Avenue K untuk mencari port lepak buat kerja. Puas ronda di level UG dan G, takde tempat best. Naik ke tingkat 2, ada Delifrance. Tengok di kaunter, ada offer set makan tengahari hanya RM12. Sepinggan spaghetti dan segelas air. Menyesal pula tak makan disini awal lagi. Takpelah, dek kerana nak lepak disini order ajelah. Tak elok duduk sahaja tak order apa-apa

Delifrance Avenue K 3 Memang nyaman suasana disini jam 3pm. Tenang dan tak ramai orang.     Delifrance Avenue K 2  Yang penting ada suis untuk recharge tablet dan handphone sambil buat kerja.Delifrance Avenue K 1
Kesimpulannya, jika mencari tempat nak meeting atau nak lepak sorang-sorang yang tak crowded dan bising, boleh cuba cari di Avenue K. Nak ke LRT pun dah dekat sangat. Paling mustahak, tandasnya ada hos 😀

 

3 Comments

  • yup pah..hrtu ktorg dtg cni msa lunch & parkg dia murah dr klcc klo weekend…tp hv to menapak skit…tempt pon ok & xsesak

  • What I don’t like is when we transit from LRT to MRT or vice versa, the cost inurcred is ridiculous! Jump from one operator to another operator cause the jump?!?!Anyone around here, please share your comments on this.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *