D’Apple Frozen Chicken Chop
Sebagai penggemar western food, Sherrina sentiasa berani mahu mencuba western food dimana-mana restoran western yang belum pernah Sherrina cuba. Tetapi kali ini, Sherrina mencuba chicken chop yang boleh dimasak sendiri dirumah. Memperkenalkan D’Apple Frozen Chicken Chop š
Ā Ini pula bahagian belakang kotakĀ D’Apple Frozen Chicken Chop
Ā Apabila anda buka kotaknya, didalam anda akan mendapati satu bungkusan. Didalamnya mengandungi 4 bungkusan kecil iaitu:
Sebungkus french fries dan sebungkus sosĀ D’Apple Frozen Chicken Chop.
Ā Sebungkus ayam dan serbuk untuk menyaluti ayam sebelum digoreng.
Ā Satu perkara yang Sherrina kagumi mengenai produk D’Apple ialah teknologi pembungkusannya. Sebetulnya selepas membeli, Sherrina simpan kotakĀ D’Apple Frozen Chicken Chop ini didalam peti ais yang tidak berapa sejuk. Peti sejuk ini tidak boleh simpan bahan mentah lebih dari 2 atau 3 hari. Namun, hanya selepas 5 hari baru Sherrina buka kotak D’Apple ini. Pada ketika itu dalam hati sudah agak ayam tentu sudah rosak.
Terkejut sekali bila membuka plastik ayam D’Apple, ayam masih segar. Berdarah. Tidak lebam. Tentu teknologi pembungkusannya bagus sekali hingga mampu menyimpan kesegaran ayam ini walaupun dalam peti ais yang tidak sejuk seperti sepatutnya.
Ā Setelah ayam dibersihkan, ditoreh sedikit dan masukkan dalam bekas, tuangkan serbuk salutan kedalam bekas dan salut seluruh ayam. Sherrina lebih gemar mencampurkan sedikit air pada serbuk ini supaya mudah nak salut pada ayam. Selepas itu, biar sekejap supaya ia meresap ke dalam ayam.
Ā Panaskan periuk kecil dan masukkan sos D’Apple kedalamnya. Jaga api dan kacau selalu supaya tidak hangus,
Ā Panaskan kuali. Panaskan minyak. Setelah minyak benar panas, masukkan ayam yang sudah bersalut kedalam minyak panas. Biarkan hingga warna berubah sedikit coklat baru diterbalikkan. Selalunya Sherrina susah menggoreng ayam salutan ini kerana ia suka melekat pada kuali dan salutannya akan pecah didalam minyak. Namun denganĀ D’Apple Frozen Chicken Chop, ini tidak berlaku.
Ā Dalam masa 20 minit, siap semuanya termasuk menggoreng french fries. French fries tiada dalam gambar ini kerana ia digoreng sebelum Sherrina goreng ayam dan habis dimakan sementara menunggu ayam siap digoreng š
Ā Ini pula eksperimen Sherrina mencubaĀ D’Apple Frozen Chicken Chop Spicy. Ya, produkĀ D’Apple Frozen Chicken Chop datang dengan dua perisa iaitu Original dan Spicy
Ā Sherrina menggemari kedua-duanya. Spicy lebih pedas namun masih ada rasa manis pada sosnya. Oh ya, keunikkan sosĀ D’Apple Frozen Chicken Chop yang Sherrina tak pernah jumpa pada mana-mana chicken chop yang Sherrina dah makan di merata tempat ialah sosnya ada sedikit rasa apple! Yang ini memang cukup unik dan menarik. Eksperimen yang benar menjadi dan boleh Sherrina katakan antara sos makanan western paling sedap Sherrina pernah rasa.
Setiap kali mengunjungi restoran makanan western, Sherrina akan elak order chicken chop salutan begini atau bergoreng kerana telah banyak kali terkena, hasilnya mengecewakan. Ada yang menggoreng chicken chop dengan tepung goreng pisang, kebanyakkannya menggunakan tepung yang menyebabkan kita muak.
Namun, D’Apple Frozen Chicken Chop telah menjumpai formula menghasilkan gorengan ayam yang tidak memuakkan. Tahniah kepada syarikat D’Apple kerana menghasilkan produk yang sangat bermutu.
Jika anda juga ingin mencuba dan membeli produk ini, boleh hubungi Pn Zana di 019-283 1251. Beliau boleh ditemui di sekitar Sri Gombak.
Assalamualaikum…
Jom try Chicken Chop kat Restoran Warm-warm Chicken Chop pulak… Chicken Chop dan lain-lain makanan barat dengan sentuhan bahan makanan SUNNAH serta di hidangkan dengan lebih dari 10 jenis sos (gravy) sebagai pilihan….
Pernah makan Chicken Chop dengan Gravy Percik , Asam Pedas dan Tom Yam? kalau belum meh try kat Restoran Warm-warm Chicken Chop ~ No 27-1 Jalan Selasih K U12/K, Taman Cahaya Alam Seksyen U12 Shah Alam (Belakang seksyen 7)…
Citarasa Barat dengan Sentuhan Sunnah…..
Insya’ Allah jika ada kerja di Shah Alam, saya singgah š
Saya nama sepert diatas ingin merasa DāApple Frozen Chicken Chop yang kata lazat tu. bolih tak saya buat oder dengan saudari. dalam 5 pek. Bolih tak hantar di area KASTAM KELANA JAYA. Sebab saya duduk di sana. TQ
Waalaikumussalam, saya bukan ejen. Sila hubungi ejen Pn Zana di 019-283 1251.