Cikgu Saya Ms Misty Adoniou

Faculty of ESTeM Graduation Ceremony Sept 2013

Ini cikgu saya semasa bersekolah di Australia tahun 1991, berusia 11 tahun ketika itu. Sempat bersekolah selama 7 bulan mungkin namun meninggalkan kesan mendalam. Nama cikgu saya ini Ms Misty Adoniou yang kini bergelar Dr Misty Adoniou.

Entah kenapa malam ini saya teringat kat beliau. Google dan jumpa berita yang beliau kini bergelar pemegang PhD. Terharu membaca banyak artikel mengenai beliau. Beliau kini orang penting dalam dunia pendidikan di Australia.

Hampir berpeluang berjumpa dengan beliau ketika beliau datang ke Malaysia menghadiri conference namun hingga sejam sebelum beliau terbang semula ke Australia, saya tak sempat nak jumpa. Hadiah yang dah dibeli untuknya masih tersimpan hingga kini.

Sepanjang belajar dengan beliau, tidak pernah sekali beliau marah akan hasil kerja saya walaupun salah disana sini. Beliau cuma bulatkan sahaja dan membetulkannya. Beliau tak tanda buku saya dengan pen merah, sebaliknya pen hijau, biru atau ungu. Yang itu paling saya ingat hingga kini.

Sehingga kini saya masih simpan buku-buku latihan semasa belajar disana sebagai kenangan. Saya tak ingat apa kaedah pembelajaran yang digunakan tapi ia memang sangat efektif kerana pada bulan ke-6 belajar disitu sudah boleh buat research dan menulis research mengenai sejarah kucing sepanjang 2 helai kertas A4.

Kenangan belajar dengan Ms Misty Adoniou akan saya ingat sampai bila-bila. Beliau antara guru terbaik pernah saya jumpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.