Chen-doi Rambo
Untuk anda yang gemarkan cendol dan mee rebus, patut Chen-doi Rambo. Sherrina dan team Projek Iqra’ berkesempatan makan di Chen-doi Rambo selepas selesai program Volunteer’s Day di UiTM Shah Alam pada bulan Disember 2013. Perniagaan ini dimiliki oleh rakan kami semasa belajar di UTM Kuala Lumpur masa kami berempat sama-sama ambil diploma. Bila dapat tahu yang beliau dan suami buka gerai ini, kami pun melawat tanda sokongan.
Chen-doi Rambo terletak di Jalan Ilham U2/14, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, 40150 Shah Alam, Selangor (opposite Pangsapuri Jaya). Dibuka setiap hari mulai 11 pagi hingga 7 malam kecuali pada hari Jumaat. 3 menu utama yang killer disini ialah cendol, mee rebus dan laksa.
Mee rebus disini kuahnya pekat dan sedap. Jika anda penggemar mee rebus, memang patut datang disini dan cuba,. Namun kegemaran Sherrina bukan mee rebus, tetapi laksa. Agak aneh juga sebab Sherrina sendiri bukan seorang yang suka sangat laksa tetapi laksa disini memang superb! Sherrina siap bawa pulang 2 bungkus untuk dinilai oleh pakar laksa di rumah iaitu mak Sherrina.
Cendol di Chen-doi Rambo ini juga sangat sedap. Silap hari bulan, semangkuk tidak cukup. hahahaha….
Ok, sekarang sila naik kereta ke Chen-doi Rambo. Memang superb!
https://www.facebook.com/ChendoiRambo