Hotel Review: Your’s Family Hotel Rembau Negeri Sembilan

Lamanya tak tulis review hotel. Walhal banyak bahan tersimpan dalam komputer dan kamera. Mencari masa untuk menulis memang mencabar. Namun, hari ini alhamdulillah ada masa terluang maka saya kongsikan pengalaman saya menginap di Your’s Family Hotel yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan.

Saya dan rakan Projek Iqra’ menginap disini ketika menguruskan acara Shopping Saya Anak Malaysia. Kami dimaklumkan mengenai hotel ini melalui salah seorang sukarelawan Projek Iqra’ iaitu Dr Nurzaihanie.

Your’s Family Hotel ini terletak di

Lot 6259, Jalan DLM 6,
Taman Dato Lela Maharaja,
Pekan Chembong,
71300 Rembau, Negeri Sembilan.

Lokasinya cukup bagus. Dibawahnya ada kedai mamak. Makan senang. Di deretannya ada 7-Eleven, sebelah hotel ada Cool Blog, ada pasaraya besar dan banyak lagi. Parking didepan hotel percuma. Insya’ Allah selamat dan mudah.

Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bilik termasuklah bilik untuk seorang yang jarang dijumpai. Walaupun hotel ini mungkin bertaraf 3 bintang, namun ia menyediakan lif.

hotel in rembau Didalam bilik Sherrina disediakan sebuah katil bujang yang bersih dan selesa. Tuala juga disediakan walaupun kecil (always kena bawa tuala sendiri sebab tuala hotel saiz S hehehe). Keadaan bilik juga bersih dan kemas. Keluasannya selesa untuk seorang dewasa. hotel in rembau Didalam bilik turut disediakan jug dan gelas beserta peket kopi. Jug ni untuk ambil air panas di luar. Ada tv kecil dengan siaran tv percuma. Tiada Astro. Ada almari kecil untuk menyangkut pakaian dan jumlah 2 unit plug. Setiap kali travel, Sherrina akan bawa extension plug untuk mudah charge handphone, tablet dan kamera sekaligus.hotel in rembau Setiap kali sebelum membuat tempahan hotel, Sherrina mesti tanya. Bilik air ada hos atau tak. Alhamdulillah, bilik air disini menyediakan hos. Hoiii hotel mahal berbintang-bintang, contohilah hotel begini. Menyediakan hos. Senang untuk pengguna membuat pelbagai urusan didalamnya. hehehe….teringat duduk di Armada Hotel di PJ. Hos pun takde. Nak buat ‘kerja’ terpaksa turun ke tandas OKU di tingkat bilik seminar. Common sense lah woi.

Akhir kalam, jika ada urusan di Rembau dan mencari tempat menginap, Your’s Family Hotel ini boleh dijadikan pilihan yang baik. Nak cari pun senang daripada tol. Harga juga berpatutan dan ada wifi (tapi signal tak kuat sangat di bilik, signal kuat di lobi).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.