Hatinie’s Kitchen
Sebagai seorang yang sangat suka makan lamb, Sherrina memang teruja bila dapat tahu sahabat usahawan katering Hatinie sudah memulakan bisnes marinated lamb. Terus Sherrina tanyakan padanya siapa di jajahan Hulu Kelang yang ada stok. Sherrina dikenalkan dengan salah seorang ejen beliau. Petang itu juga Sherrina dapat stok 1kg marinated lamb.
Pulang dari kerja, Sherrina terus masak. Tak susah, Pemanggang Ajaib ada. Susun je dalam pemanggang tu, guna api kecil. Tapi Sherrina tak suka tutup sewaktu memasak lamb sebab lamb akan jadi terlalu moist. Sherrina lebih suka ia sedikit kering.
Memandangkan lamb ini sudah siap marinate, kerja menjadi lebih senang dan lebih singkat masa. Selepas selesai lamb dimasak, tuang pula sos black pepper dalam Pemanggang Ajaib itu dan panaskan. Cukup panas, tuang dalam pinggan berisi lamb chop yang sudah dimasak.
Hasilnya, marinated lamb keluaran Hatinie’s Kitchen ini diperap dengan baik sekali menggunakan bahan-bahan yang bagus.
Namun, bukan itu kekuatannya pada hemat Sherrina yang dah mencuba lamb chop di berpuluh kedai, restoran dan hotel. Kekuatannya terletak pada sos black pepper tersebut. Ia bukan sahaja pedas tetapi juga sedikit manis. Ini sedikit berbeza daripada sos black pepper yang biasanya disajikan di restoran ataupun gerai. Keunikan sos ini menyebabkan keseluruhan lamb chop ini menjadi lebih sedap. Oleh kerana sos itu sangat sedap, hinggakan Sherrina simpan sedikit baki sos yang belum dimasak untuk diguna lagi di kemudian hari.
Sherrina harap suatu hari nanti Hatinie’s Kitchen akan membotolkan sos ini kerana kekuatan lamb chop mereka terletak pada sos ini.
Tahniah pada Hatinie’s Kitchen kerana menghasilkan produk yang cukup baik. Untuk mengetahui ejen beliau yang terdekat dengan tempat anda, boleh lihat di https://www.facebook.com/hatinieskitchen
Leave a Reply