Hatinie’s Kitchen
Sebagai seorang yang sangat suka makan lamb, Sherrina memang teruja bila dapat tahu sahabat usahawan katering Hatinie sudah memulakan bisnes marinated lamb. Terus Sherrina tanyakan padanya siapa di jajahan Hulu Kelang yang ada stok. Sherrina dikenalkan dengan salah seorang ejen beliau. Petang itu juga Sherrina dapat stok 1kg marinated lamb.
Pulang dari kerja, Sherrina terus masak. Tak susah, Pemanggang Ajaib ada. Susun je dalam pemanggang tu, guna api kecil. Tapi Sherrina tak suka tutup sewaktu memasak lamb sebab lamb akan jadi terlalu moist. Sherrina lebih suka ia sedikit kering.
Memandangkan lamb ini sudah siap marinate, kerja menjadi lebih senang dan lebih singkat masa.
Selepas selesai lamb dimasak, tuang pula sos black pepper dalam Pemanggang Ajaib itu dan panaskan. Cukup panas, tuang dalam pinggan berisi lamb chop yang sudah dimasak.
Hasilnya, marinated lamb keluaran Hatinie’s Kitchen ini diperap dengan baik sekali menggunakan bahan-bahan yang bagus.
Namun, bukan itu kekuatannya pada hemat Sherrina yang dah mencuba lamb chop di berpuluh kedai, restoran dan hotel. Kekuatannya terletak pada sos black pepper tersebut. Ia bukan sahaja pedas tetapi juga sedikit manis. Ini sedikit berbeza daripada sos black pepper yang biasanya disajikan di restoran ataupun gerai. Keunikan sos ini menyebabkan keseluruhan lamb chop ini menjadi lebih sedap. Oleh kerana sos itu sangat sedap, hinggakan Sherrina simpan sedikit baki sos yang belum dimasak untuk diguna lagi di kemudian hari.
Sherrina harap suatu hari nanti Hatinie’s Kitchen akan membotolkan sos ini kerana kekuatan lamb chop mereka terletak pada sos ini.
Tahniah pada Hatinie’s Kitchen kerana menghasilkan produk yang cukup baik. Untuk mengetahui ejen beliau yang terdekat dengan tempat anda, boleh lihat di https://www.facebook.com/hatinieskitchen
aduss..terliur melihatnya tp kat mana nak dpt kat johor eh? tak de cawangan ker?
Bis, di Johor ada ramai ejennya. Cuba tengok di FB tersebut.
Salam sis mcm mne nk jadi agen n min order bape
Waalaikumussalam. Saya pun bukan agen. Cari Hatinie Kitchen dalam Facebook
Jika berminat boleh wasap saya 0127657866
✅Anda penggemar HALAL western food?
✅Mencari produk makanan sejuk beku yang dapat membantu memudahkan kerja memasak?
✅Mencari PRODUK MUSLIM yang berkualiti?
Kami amat mengalu-alukan anda mencuba produk Hatinie’s Kitchen. Menu makanan barat yang sedap dan lazat dan mudah disediakan di dapur anda sendiri dalam masa 15 minit.
Hatinie’s kitchen
Price list 2014
Lamb chop
(900gm + black pepper sauce)
= RM50
Chicken chop original
(4 piece thigh + black pepper sauce)
= RM35
Chicken chop golden
(4 piece breast + black pepper sauce)
= RM35
Bbq chicken
(1kg drumstick + wings + black pepper sauce)
= RM35
Bolognese sauce
450gm/1kg/2kg
= Rm15/RM25/RM40
Black pepper sauce
(400gm)
= RM8
Hubungi/sms/whatsapp kami untuk pertanyaan dan tempahan:
Sakeenah 013-3509940
Zahrin 013-3310702
——————————————-
assalam..kalau saya nk jdi dealer / agen utk hatinie kitchen ni cmna?
Contact Hatinie Kitchen di Whattssap di 017 2562825