Food Review: Hatinie’s Kitchen Marinated Lamb With Black Pepper Sauce

Hatinie’s Kitchen

Sebagai seorang yang sangat suka makan lamb, Sherrina memang teruja bila dapat tahu sahabat usahawan katering Hatinie sudah memulakan bisnes marinated lamb. Terus Sherrina tanyakan padanya siapa di jajahan Hulu Kelang yang ada stok. Sherrina dikenalkan dengan salah seorang ejen beliau. Petang itu juga Sherrina dapat stok 1kg marinated lamb.

hatinie's kitchen

Pulang dari kerja, Sherrina terus masak. Tak susah, Pemanggang Ajaib ada. Susun je dalam pemanggang tu, guna api kecil. Tapi Sherrina tak suka tutup sewaktu memasak lamb sebab lamb akan jadi terlalu moist. Sherrina lebih suka ia sedikit kering.

hatinie's kitchen Memandangkan lamb ini sudah siap marinate, kerja menjadi lebih senang dan lebih singkat masa.   hatinie's kitchen2 Selepas selesai lamb dimasak, tuang pula sos black pepper dalam Pemanggang Ajaib itu dan panaskan. Cukup panas, tuang dalam pinggan berisi lamb chop yang sudah dimasak.

Hasilnya, marinated lamb keluaran Hatinie’s Kitchen ini diperap dengan baik sekali menggunakan bahan-bahan yang bagus.

Namun, bukan itu kekuatannya pada hemat Sherrina yang dah mencuba lamb chop di berpuluh kedai, restoran dan hotel. Kekuatannya terletak pada sos black pepper tersebut. Ia bukan sahaja pedas tetapi juga sedikit manis. Ini sedikit berbeza daripada sos black pepper yang biasanya disajikan di restoran ataupun gerai. Keunikan sos ini menyebabkan keseluruhan lamb chop ini menjadi lebih sedap. Oleh kerana sos itu sangat sedap, hinggakan Sherrina simpan sedikit baki sos yang belum dimasak untuk diguna lagi di kemudian hari.

Sherrina harap suatu hari nanti Hatinie’s Kitchen akan membotolkan sos ini kerana kekuatan lamb chop mereka terletak pada sos ini.

Tahniah pada Hatinie’s Kitchen kerana menghasilkan produk yang cukup baik. Untuk mengetahui ejen beliau yang terdekat dengan tempat anda, boleh lihat di https://www.facebook.com/hatinieskitchen

Hatinie’s Kitchen


Posted

in

by

Comments

8 responses to “Food Review: Hatinie’s Kitchen Marinated Lamb With Black Pepper Sauce”

  1. suzie Avatar
    suzie

    aduss..terliur melihatnya tp kat mana nak dpt kat johor eh? tak de cawangan ker?

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Bis, di Johor ada ramai ejennya. Cuba tengok di FB tersebut.

  2. kamalina Avatar
    kamalina

    Salam sis mcm mne nk jadi agen n min order bape

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Waalaikumussalam. Saya pun bukan agen. Cari Hatinie Kitchen dalam Facebook

    2. suhaila Avatar
      suhaila

      Jika berminat boleh wasap saya 0127657866

  3. Zahrin Avatar
    Zahrin

    ✅Anda penggemar HALAL western food?
    ✅Mencari produk makanan sejuk beku yang dapat membantu memudahkan kerja memasak?
    ✅Mencari PRODUK MUSLIM yang berkualiti?

    Kami amat mengalu-alukan anda mencuba produk Hatinie’s Kitchen. Menu makanan barat yang sedap dan lazat dan mudah disediakan di dapur anda sendiri dalam masa 15 minit.

    Hatinie’s kitchen
    Price list 2014

    Lamb chop
    (900gm + black pepper sauce)
    = RM50

    Chicken chop original
    (4 piece thigh + black pepper sauce)
    = RM35

    Chicken chop golden
    (4 piece breast + black pepper sauce)
    = RM35

    Bbq chicken
    (1kg drumstick + wings + black pepper sauce)
    = RM35

    Bolognese sauce
    450gm/1kg/2kg
    = Rm15/RM25/RM40

    Black pepper sauce
    (400gm)
    = RM8

    Hubungi/sms/whatsapp kami untuk pertanyaan dan tempahan:
    Sakeenah 013-3509940
    Zahrin 013-3310702

    ——————————————-

  4. NAZUHA BINTI ABDUL RAHMAN Avatar
    NAZUHA BINTI ABDUL RAHMAN

    assalam..kalau saya nk jdi dealer / agen utk hatinie kitchen ni cmna?

    1. sherrina Avatar
      sherrina

      Contact Hatinie Kitchen di Whattssap di 017 2562825

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *