Food Review: KFC Crazy Crunch

KFC Crazy Crunch

KFC melancarkan produk baru yang dinamakan sebagai KFC Crazy Crunch. Pada mulanya Sherrina enggan mencuba kerana merasakan ia akan lebih kurang seperti KFC Hot & Spicy yang kurang Sherrina gemari. Tapi melihatkan iklannya yang unik dan aneh, terasa macam mahu cuba pula.

KFC Crazy Crunch Set KFC Crazy Crunch datang dengan 2 jenis iaitu 2 ketul ayam dan 3 ketul ayam. Seperti juga Snack Plate dan Diner Plate, hidangan ayam goreng disertakan dengan ban lembut, mash potato dan coleslaw. Uniknya menu Crazy Crunch selain daripada penyediaan ayam yang berbeza, menu ini disertakan bersama minuman Sjora. Air Sjora ni memang sedap dan enak. Sesuai sangat dengan hidayan KFC Crazy Crunch untuk mengurangkan rasa muak.

Ayam KFC Crazy Crunch tidak seperti Hot & Spicy yang lebih banyak salutan tepung dan crispy. Sherrina memang tak boleh masuk dengan Hot & Spicy. Walaupun pedas, ia memuakkan. Namun, KFC Crazy Crunch disaluti tepung rangup yang nipis. Berperisa sedikit kari, macam maruku pun ada. Rasa manis masin. Ada kawan yang memberitahu, ia macam rempah Mamee!

Cuma samada nasib kurang baik ataupun memang saiz ayam semakin kecil, ayam KFC Crazy Crunch ini kecil pula. Aneh rasanya. Namun, jus Sjora itu memang super sedap!

KFC Crazy Crunch Harga total untuk satu set KFC Crazy Crunch 2 ketul termasuk cukai ialah RM12.50.

Selamat menjamu selera 🙂