Baru-baru ini Sherrina dijemput menghadiri satu majlis pelancaran produk kesihatan diadakan di sebuah restoran di PV128 Danau Kota iaitu di Khadijah’s Kitchen. Sherrina akan tulis mengenai restoran ini sahaja dulu dan satu dua makanan kerana Sherrina hanya menjamah makanan jamuan. Nanti nak datang semula untuk cuba menu yang lain.
Restoran Khadijah’s Kitchen ini dimiliki oleh penyanyi terkenal Malaysia iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Cawangan yang baru dibuka sebulan yang lalu ini merupakan cawangan yang kedua selepas membuka cawangan pertama di Petaling Jaya.
Hidangan di jamuan majlis. Sherrina bukan peminat laksa tetapi serius, laksa ini super sedap! Kuahnya pekat, serba serbi cukup rasa. Nanti nak datang lagi untuk pekena laksa ini.
Lokasi restoran ini terletak di baris belakang bersebelahan dengan restoran Wadi Hana. Mudah dijumpai. Jika anda tahu Toowoomba, ia terletak di baris belakangnya. PV128 adalah shop houses yang menempatkan Kampung Pengantin.
Restoran Khadijah’s Kitchen ini sungguh luas dan sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun untuk entertain client. Calm and cosy. Dibahagian atas juga ada ruang yang boleh anda sewa untuk private function.
Pandangan dari tingkat atas. Lihat jarap antara satu meja dengan meja lain tidak terlalu rapat. Privacy.
Semasa nak keluar dari restoran, ternampak menu. Belek sekejap. Tekaan Sherrina harga makanan disini pasti premium setanding dengan dekorasi dan servis. Ternyata sangkaan meleset. Ada RM10 dalam tangan, boleh makan disini.
Harga minumannya juga tidak terlalu mahal. Berpadanan dengan servis restoran ini yang eksklusif.
Kalau bernasib baik, boleh jumpa sembang dengan tuan punya restoran sendiri 🙂
Apa lagi, jom cuba keenakan makanan di Khadijah’s Kitchen
No 35G,PV 128,
Jalan Genting Klang,
53000, Setapak,
Kuala Lumpur.
For any enquiries, please contact us 03-41441079 or Mr Khairuddin 0127251958.
Sebaris dengan Wadi Hana Steakhouse.
Leave a Reply