Review Restoran: Khadijah’s Kitchen

Khadijah's Kitchen6 Baru-baru ini Sherrina dijemput menghadiri satu majlis pelancaran produk kesihatan diadakan di sebuah restoran di PV128 Danau Kota iaitu di Khadijah’s Kitchen. Sherrina akan tulis mengenai restoran ini sahaja dulu dan satu dua makanan kerana Sherrina hanya menjamah makanan jamuan. Nanti nak datang semula untuk cuba menu yang lain.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Restoran Khadijah’s Kitchen ini dimiliki oleh penyanyi terkenal Malaysia iaitu Datuk Khatijah Ibrahim. Cawangan yang baru dibuka sebulan yang lalu ini merupakan cawangan yang kedua selepas membuka cawangan pertama di Petaling Jaya.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Hidangan di jamuan majlis. Sherrina bukan peminat laksa tetapi serius, laksa ini super sedap! Kuahnya pekat, serba serbi cukup rasa. Nanti nak datang lagi untuk pekena laksa ini.

Lokasi restoran ini terletak di baris belakang bersebelahan dengan restoran Wadi Hana. Mudah dijumpai. Jika anda tahu Toowoomba, ia terletak di baris belakangnya. PV128 adalah shop houses yang menempatkan Kampung Pengantin.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Restoran Khadijah’s Kitchen ini sungguh luas dan sesuai untuk makan bersama keluarga mahupun untuk entertain client. Calm and cosy. Dibahagian atas juga ada ruang yang boleh anda sewa untuk private function.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Pandangan dari tingkat atas. Lihat jarap antara satu meja dengan meja lain tidak terlalu rapat. Privacy.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Semasa nak keluar dari restoran, ternampak menu. Belek sekejap. Tekaan Sherrina harga makanan disini pasti premium setanding dengan dekorasi dan servis. Ternyata sangkaan meleset. Ada RM10 dalam tangan, boleh makan disini.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Harga minumannya juga tidak terlalu mahal. Berpadanan dengan servis restoran ini yang eksklusif.

Khadijah's Kitchen PV128 Danau Kota Kalau bernasib baik, boleh jumpa sembang dengan tuan punya restoran sendiri 🙂

Apa lagi, jom cuba keenakan makanan di Khadijah’s Kitchen

No 35G,PV 128,
Jalan Genting Klang,
53000, Setapak,
Kuala Lumpur.
For any enquiries, please contact us 03-41441079 or Mr Khairuddin 0127251958.

Sebaris dengan Wadi Hana Steakhouse.

 

 

4 thoughts on “Review Restoran: Khadijah’s Kitchen”

      1. Are u sure rm10 dalam tgn boleh mkn sini..?? I just came bck frm the restaurant, bubur pulut hitam 1 mangkuk kecil price is rm7.80, same as mee rebus price which the portion was so ‘naive’…!! Are u sure that was the real menu..?? The price was not the same as what we had… Please do something bout this kedai especiallyfor the service, food & price..!!!

        1. Terima kasih atas komen. Saya bukan pemilik kedai, saya katakan begitu atas harga yang dipamerkan pada menu. Betul lah dapat makan dengan RM10 cuma isu portion mungkin berbeza mengikut saiz perut masing-masing. Boleh kemukakan pendapat terus kepada mereka di FB mereka 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.