Sunshine Kebabs

    Sunshine Kebabs yang terletak di Jusco AU2 Setiawangsa

Lamanya tak tulis food review! Bukan takde explore makanan atau restoran baru, tapi nak mencari masa duduk menulisnya tu yang sengsara sikit sekarang. Tapi takpe, mari bersedia untuk membuatkan anda menjilat skrin komputer / telefon anda…..har har har

Kebab. Satu jenis makanan yang sangat Sherrina suka. Jika ke Sogo, wajib makan di Kyros Kebab. Tak pernah miss. Pernah juga ke Sogo semata-mata untuk makan kebab dan balik. Hahaha….sebab kebab ni sedap. Makanan ringkas tapi padat dan mengenyangkan. Cukup dengan sayur, protein, karbohidrat dan lain-lain.

Sunshine Kebabs ini baru dibuka di Jusco AU2. Menurut kata Fairuz Rahman, dia dah mencubanya lebih awal. Maknanya Sherrina yang dah lama tak gi Jusco AU2 sampai tak tahu pun kewujudan restoran ini. Jadi, minggu lalu Sherrina ke sana untuk mencubanya. Terletak di sebelah restoran Madam’s Lim, jika anda parking kereta di ruang atas yang selari dengan paras jalanraya, mesti anda akan nampak restoran Sunshine Kebabs ini.

Sunshine Kebabs

Sebaik melangkah masuk ke restoran, Sherrina terus membaca menu yang terpapar. Aduh kecewanya! Takde kebab daging kambing! Mana mungkin kebab tanpa kambing. Malah Sherrina terus bagitau pelayan supaya suggest pada bos untuk tambah menu kambing.

Sherrina memilih satu set kombo yang merangkumi kebab ayam+daging, air karbonat dan french fries, Harganya kurang RM15 untuk menu tersebut kalau tak silap Sherrina. Lupa dah.

Sunshine Kebabs Set ini nampak kecil tapi Sherrina yang datang dengan perut kosong pun akhirnya terpaksa tapau french fries tu balik ke ofis.

Sunshine Kebabs Bagusnya kebab di Sunshine Kebabs ni berbanding kebab jenama lain ialah kebabnya dibungkus dalam aluminium foil. Lebih bersih dan kemas berbanding restoran kebab biasa yang terus memasukkan kebab dalam sarung kertas.

Sunshine Kebabs Menariknya kebab di Sunshine Kebabs ialah ianya lebih padat berbanding kebab lain. Dan saiznya yang kecil senang nak masukkan dalam mulut. Risiko isi kebab terkeluar adalah kecil sebab aluminium foil tu membungkusnya dengan kemas. Rasanya sedap, penuh berkhasiat. Banyak sayur segar dan isi ayam dan daging juga seimbang dengan jumlah sayur.

Selepas makan di Sunshine Kebabs pada jam 11 pagi untuk sarapan, Sherrina kenyang sehingga ke malam. Tahniah Sunshine Kebabs sebab ada produk yang bagus tapi tolonglah tambah kebab kambing!

  1. Sherry….aku rekomen ko try Wrap Stars dekat Wasngsa Walk…dia depan Cold Storage. Lazat sehingga menjilat lantai!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.