Hm Sri Bagan
Rasanya dah banyak kali kot tulis pasal HM Sri Bagan Seafood yang terletak di Bagan Lalang, Sepang, Selangor ni tapi tetap tak jemu. Hahaha jika ada anugerah restoran yang masakannya konsisten, HM Sri Bagan boleh menang lah. Nasib baik lokasinya agak jauh, kalau tak mau tiap-tiap minggu makan disini. Biasanya Sherrina dan kawan hanya akan ke sini jika ada sesuatu istimewa nak diraikan. Kali ini kami meraikan kejayaan kerja sukarela yang Sherrina join secara aktif kerana tahun ini banyak program berjaya dilaksanakan.
Selain tu nak pulun makan disini sebelum bermulanya Ramadhan sebab bulan Ramadhan, tak sangguplah nak travel ke sini semata nak buka puasa. Sudahlah jauh, crowded pula tu.
Seperti lazimnya, kami akan berbincang apa menu nak order ketika dalam perjalanan ke HM Sri Bagan. Kali ini atas nasihat Awin Ariff, kami mahu cuba ketam masak telur itik.
Sampai disana, tepat jam 6 petang. Memang waktu yang sesuai sebab parking ada kosong dan tak crowded. Meja kegemaran kami ialah dekat dengan cashier tapi kali ini nasib kurang baik kerana banyak lalat. Cashier kata musimnya dah mula. Aduh jenuh nak halau walaupun ada lilin. Kenapa tak bawa Perangkap Lalat? Kalau tak boleh guna disini. Budus…budus…
Anyway, setelah order dan tunggu, makanan pun sampai. Tak lama sangat, sebab orang tak ramai sangat. Ini pun kali pertama eksperimen dengan air epal asam boi. Fuh, sedap betul!
Jom jamu mata anda sambil buat perut anda berkeroncong hebat…..hahahaha





Kalau nak gi sana, di hujung minggu eloklah korang booking meja dulu. SMS ke 013-3385887
Kesemuanya makanan diatas termasuk nasi, air jus epal, air laici, teh o ais dan aiskrim 2 mangkuk ialah RM62.21.
Salam..sherrina… agak2 leh ke booking meja dlu..nk wt friend gathering….
Wsalam Nina. Memang boleh. Saya yang cuma datang dua orang pun akan booking dulu sebab sentiasa penuh. Call aje mereka untuk booking 🙂
ada ctc no x?
0331412895
Owhh dear.. So sorry to say dat the food suck. Tak sedap langsung. A total failure. Will be the first and last visit.
ye ke Darrla. Not so lucky, I guess 😐