Toowoomba Deli & Meats
Orait….sebelum review ini basi, mari tulis cepat-cepat. Sherrina memang penggemar lamb dan ramai kawan-kawan tahu akan kegilaan ini. Cuba mencari restoran mana menyajikan lamb chop yang sedap. Tapi setelah lama mencari, agak give up juga sebab makin lama kualiti lamb chop makin biasa biasa sahaja. Sehinggalah mendapat tahu mengenai kewujudan Toowoomba Deli & Meat daripada senior CBN, Aimy Rashid.
Maka Sherrina dan teman pun ke sana untuk mencuba apa yang menarik. Tapi sebelum ke sana, Sherrina buat research dulu sebab takut harganya macam harga Me’nate….rega ikut gram. Tak mampu. Lepas buat bacaan di Google, maka kami ke sana.
Toowoomba Deli & Meats terletak di
G3A, PV 128 Platinum Mondrian,
Jalan Genting Klang, Setapak,
53000 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Phone 03-4131 9006
Email twdeliandmeats@gmail.com.
Facebook: http://www.facebook.com/pages/Toowoomba-Deli-Meats-Steak-House/192543230834504
Peta: Toowoomba Deli & Meats
Kami ke sana jam 6 petang. Waktu yang tenang dan tak ramai orang. Parking juga agak mudah di waktu ini kerana lepas waktu kerja dan bukan waktu kenduri kahwin (disini ada Kampung Pengantin jadi parking di malam minggu yang ada kenduri kahwin agak azab sedikit)





Inilah dia lamb chop nya. Perghhh tengok harga cuma RM16.90 kalau tak silap (belum masuk cukai), tak sangka akan dapat lamb chop kualiti sebaik ini. Bahagiannya banyak, boleh kenyang lah. Sos marinate itu sangat sedap hingga Sherrina tak tuang pun brown sauce ke atas lamb tu. Sebaliknya potong kecil-kecil dan cicah ke dalam brown sauce.
Masakannya bagus. Tak keras, tak liat. Ishhh pendek kata memang terbaik lah. Oh ya, disini ada 3 cara masakan iaitu raw, medium dan well done. Sherrina pilih well done.
Kalau nak cuba masakan western yang enak pada harga berpatutan, jangan lupa ke Toowoomba Deli & Meats. Lepas ni nak try spaghetti disana pula ada baguih ke tak 😀