Iklan Ubatan

 

Sherrina terbaca perbincangan menarik ini di Group Persatuan Usahawan Internet Malaysia dan ingin kongsikan informasi ini dengan anda khususnya jika anda penjual produk kesihatan khususnya secara online. Info ini datang tepat pada masanya kerana Sherrina baru beli domain jomsihat.com.my dan baru bercadang nak iklankan produk kesihatan di web itu.

 

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENJUAL ONLINE & OFFLINE!

Saya baru sahaja selesai disoalsiasat oleh Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan di pejabat saya mengenai sebuah website jual produk kesihatan “buat tunjuk langit” yang di host di webhosting saya jomhosting.net

Owner web ni katanya dah di soatsiasat semalam dan web dah ditutup hari ini.

Kisahnya penjual ni isytiharkan produk dia dapat sembuhkan penyakit dari 20 jenis penyakit yang TAK DIBENARKAN diiklankan ubatnya.

Jadi dalam soatsiasat tersebut, hanya keterangan untuk maklumat sahaja dan bukan untuk tindakan apa2. Penguatkuasa tersebut cakap ramai penjual tidak tahu dan faham akta farmasi ni terutama untuk kebenaran keluar iklan ubat ni.

Jadi ini adalah IKLAN yang TAK BOLEH diiklankan di Malaysia atau anda mungkin menjadi mangsa soatsiasat selepas ini:

A. 20 jenis penyakit yang TAK BOLEH DIIKLANKAN;

1. Penyakit/kerosakan buah pinggang

2. Penyakit/kerosakan jantung

3. Kencing Manis

4. Sawan

5. Lumpuh

6. Batuk kering

7. Asma/lelah

8. Kusta

9. barah

10. pekak

11. ketagihan Dadah

12. hernia

13. Penyakit mata

14. Tekanan darah tinggi

15. Sakit mental

16. Kemandulan

17. Frigiditi

18. Lemah fungsi seks/impotent

19. Penyakit venerus

20. kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

B. Amalan kontrasepsi (pencegahan kehamilan)

C. Memperbaiki keadaan/fungsi buah pinggang dan jantung manusia

D. Memperbaiki fungsi/keupayaan seksual manusia

E. Pengguguran Anak

 

IKLAN untuk ubat, gajet, atau servis berkaitan penyakit di atas juga TIDAK DIBENARKAN.

atau detail di http://cornerstone.my/pharmacy_portal/aeimages//File/Medicine_Advertisement_Sale_Act_1956_Act_290.pdf

Berhati-hati dalam beriklan.

*Iklan di Facebook juga mereka sedang perhatikan. jadi berhati-hati ye..
**Minta share dengan rakan2 penjual lain untuk elakkan di soat siasat.

-Wan Mus-

Ini pula informasi yang dikongsi oleh Tuan Rahman Baco yang bekerja di bahagian Farmasi:

Untuk Iklan produk dan perkhidmatan rawatan penyakit-penyakit selain daripada A, B, C, D dan E yang disenaraikan oleh Tuan Wan Mus di atas, PERLU mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU).

Pengiklanan rawatan Penyakit-Penyakit di atas atau penyakit-penyakit lain tanpa kelulusan LIU adalah satu kesalahan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 Ribu Ringgit atau Penjara Tidak Melebihi 2 Tahun.

Bila Fail Siasatan dibuka, semua yang terlibat akan diambil ‘keterangan’ termasuk pemilik hosting, pemilik laman web, individu atau syarikat yang mengiklan, pengarang iklan (copywriter), pereka grafik, pemberi testimoni dan sesiapa yang terlibat dalam proses penerbitan iklan tersebut.

Bila didakwa di mahkamah, dan pengiklan atau OKS (orang-kena-saman) tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Semua yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi.

Dalam kes pengiklanan syarikat Al-Jabbar. Syarikat dan Pengerusi Eksekutifnya (kerana muka & namanya ada di dalam Iklan tersebut) telah didakwa atas lebih 60 kes iklan (17 fail siasatan dibuka). Syarikat Al-Jabbar dan Pengerusinya masing-masing didenda sebanyak RM68,000.00 dan jumlahnya RM136,000.00

Untuk kes Produk Permata Hijrah, produk Permata Hijrah didaftarkan dengan KKM sebagai Produk Kosmetik. Produk Kosmetik hanya berfungsi untuk ‘mencantikkan’ dan digunakan di bahagian luar tubuh sahaja. Tidak boleh dititiskan ke dalam mata. Iklan Produk kosmetik tidak boleh ‘merawat’ penyakit. Penjualan Produk Permata Hijrah tidak menjadi kesalahan selagi ia tidak dititiskan ke dalam mata dan tidak boleh dikatakan merawat penyakit mata.

Peraturan ini adalah untuk mengelakkan pengiklan mengambil kesempatan terhadap keprihatinan pengguna dan membantu orang ramai membuat keputusan yang rasional dalam membeli ubat.

Pastikan Pengiklanan Secara Bertanggungjawab.

Kepada rakan-rakan usahawan online, sila semak semula iklan-iklan anda. Pastikan anda tidak diheret sama kedalam masalah seperti ini.

Boleh dapatkan maklumat lanjut diwww.pharmacy.gov.my dan www.bpfk.gov.my

Iklan Ubatan

  1. Ok, akak dah revert to draft all my blog on supplement. Karang tak pasai2 kena bayar denda….padahal bukan nak jual pun. Eeee takuttt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.