Temui Cinta Baru Menjelang Tahun Baru

Temui Cinta Baru Menjelang Tahun Baru

Sherrina rasa Sherrina sudah temui cinta yang baru. Oh….bukan manusia tapi gajet. Semenjak Blackberry kesayangan terbakar pada November tahun lalu, rasa gulita sekejap hidup ini. Mujur ada Nokia E71 pemberian kawan sebagai ganti tapi luka yang berdarah tidak mampu sembuh dengan sekejap. Nokia itu sekadar sms, phone call sahaja pada mulanya. Lepas beberapa bulan baru guns untuk Twitter, Facebook dan kini Whatsapp.

image
Dapat warna Pink

Bulan yang lalu Sherrina menerima sebuah telefon Samsung Galaxy Y ketika menghadiri taklimat di Parlimen. Timbul sikit rasa seronok tapi hati masih teringat Blackberry. Dah aim nak beli Bold 4 tapi tabungan belum cukup. Sebab hardcore QWERTY keyboard, telefon slide ni dipandang sebelah mata. Guna hanya sekadar main-main sahaja tetapi sikit demi sikit cinta berbunga.

Setelah tabungan cukup, Sherrina berfikir semula. Mahu kembali ke Blackberry atau meneroka cinta baru iaitu Android. Fikir punya fikir, marilah cuba Android. Setelah 3 minggu membuat kajian serius dan fikir mahu mendapatkan sebuah tablet, akhirnya sebuah Galaxy Note 10.1 menjadi pilihan. Dengan bantuan Haniff Technology, Sherrina mendapatkan sebuah Galaxy Note 10.1 dibawah harga pasaran semasa lengkap dengan aksesori seperti screen protector, flip cover dll. 2 thumbs up untuk servis terbaik Haniff Technology.
image

Nanti Sherrina tulis review berkenaan Galaxy Y dan Galaxy Note 10.1 ini.

Selamat datang wahai kekasih baru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *