Event Report: Big Bad Wolf 2012 Preview

Big Bad Wolf 2012

Sherrina terlupa tentang acara jualan buku yang sering dianjurkan oleh Big Bad Wolf akan berlangsung pada Disember 2012 sehinggalah Sherrina terbaca di Facebook Pages Big Bad Wolf mengenainya. Kebetulan pula salah seorang pemenang pas preview adalah kawan sekolah Sherrina iaitu Irene Cho. Pemenang pas preview boleh membawa seorang kawan dan serta-merta dengan tak malu Sherrina menawarkan diri nak ikut dia. Dia benarkan. Yayyy!

Kalau ikut jadual kerja pada hari ini Sherrina sepatutnya ke Putrajaya atau menghadiri mesyuarat dengan pelanggan tapi Alhamdulillah, dipermudahkan. Kedua-duanya tiada dan Sherrina menyiapkan kerja di rumah sebelum keluar ke Mines. Malam sebelumnya dah buat persediaan daripada bacaan dan komen-komen di Facebook.

Persediaan yang perlu dilakukan sebelum ke Big Bad Wolf 2012:

  1. Bawa troli. Samada troli beli-belah (jangan pula anda cuti troli pasaraya!), troli pasar ibu anda ataupun bawa sahaja beg troli yang anda guna ketika bercuti. Sherrina bawa beg troli yang kebetulan belum disimpan sekembali dari Kota Kinabalu minggu lalu. Jika anda tidak bawa troli, anda boleh minta kotak daripada petugas Big Bad Wolf tapi serius sakit tangan kot nak usung kotak penuh dengan buku berat dari satu tempat ke satu tempat. Sherrina suka dengan troli beroda 4 dimana anda boleh tolaknya dengan cara menegak berbanding beg troli seperti Sherrina yang hanya ada 2 roda maka kena sengetkan ia untuk menariknya. Awas jangan pula anda gelek kaki pengunjung lain!
  2. Pakai kasut dan stokin yang selesa kerana kawasannya sangat luas dan anda akan banyak berjalan dari satu kawasan buku ke satu kawasan buku yang lain
  3. Bawa botol air mineral. Jika haus ketika sedang membelek buku, sumber air terdekat ialah di tingkat atas (anda tak boleh bawa buku ke tingkat itu.
  4. Tidur secukupnya sebelum anda ke Big Bad Wolf 2012 kerana banyak tenaga diperlukan bukan hanya untuk mencari buku tapi juga mengharungi orang ramai yang akan menyerbunya.
  5. Makan secukupnya sebelum memulakan acara dan buang air dahulu supaya konsentrasi anda tidak terganggu.
  6. Bawa kalkulator jika perlu. Jika anda ingin membayar menggunakan wang tunai, bawa wang secukupnya. Sherrina tak nampak ada mesin ATM disini. Tapi bayaran menggunakan kad kredit diterima. Debit kad pun tentu boleh juga kan kalau kad kredit boleh. Pemegang kad kredit OCBC lebih beruntung kerana dapat tambahan diskaun sebanyak 5% lagi jika tak silap Sherrina.

Parking di Mines Convention Centre ialah RM2 sekali masuk. Datang awal, mudah dapat parking. Banyak juga petak parking disediakan. Boleh juga parking di bangunan sebelahnya kerana ada jambatan merentasi terus ke convention centre. Jangan lupa hafal atau ambil gambar nombor parking anda mana tahu anda terlupa.

Big Bad Wolf 2012

Di kawasan parking ni susah juga nak cari papan tanda menuju ke lobi. Mujur ada penunjuk arah yang disediakan sendiri oleh Big Bad Wolf 2012 tetapi yang Sherrina jumpa ialah tangga. Fuh jenuh juga memanjat tangga sampai tingkat 1. Rupanya lif terletak dekat dengan petak parking no 1.

Sampai disana, Sherrina berjumpa dengan Irene dan kawannya. Maaf banyak-banyak Irene kerana terlewat. Kami masuk sama-sama dan Irene menyerahkan pas yang dimenanginya kepada petugas. Kami pun berpisah kerana masing-masing menuju ke seksyen buku yang telah difikirkan. Sherrina pula dengan perut kosong tanpa sarapan dan makan tengahari menuju ke eskalator didalamnya naik ke tingkat atas untuk makan dulu.

Big Bad Wolf 2012

Nampak ada ruangan kafeteria dibuka khas untuk Big Bad Wolf 2012. Tapi yang buka tadi cuma kaunter Pizza Hut. Tak banyak pilihan asal janji kenyang. Ada pizza kecil, garlic bread, sup dan ice lemon tea. Lepas makan, Sherrina berpusing-pusing di tingkat itu meninjau kemudahan yang disediakan.

Big Bad Wolf 2012
Ada ruangan permainan untuk kanak-kanak disediakan disini. Kalau tak silap dari pengumuman yang dibuat, ibu bapa boleh tinggalkan anak-anak mereka disini dan pergi membeli buku dibawah. Bagus!

 

Big Bad Wolf 2012
Penat memilih buku? Deretan kerusi massage menunggu anda disini.
Big Bad Wolf 2012
Kotak anda sudah penuh dengan buku tapi masih mahu mencari buku lagi? Jangan risau. Simpan buku anda di ruangan storage ini dan sambung acara ‘book hunting’ anda dengan riang 🙂

 

Big Bad Wolf 2012
Seksyen buku ditanda dengan papan tanda kategori buku tersebut dan ada juga banner besar terpampang dengan kategori buku untuk memudahkan anda mencari genre buku yang anda gemari.
Mudah mencari jenis buku kerana banyak papan tanda membantu anda. Business, Self-Help, Children, Non-Fiction, Young Adults dll. Buku Bahasa Malaysia pun ada tapi tak banyak.

 

Big Bad Wolf 2012
Cari ruang yang luas untuk anda menyusun dan menyemak pilihan buku anda. Penuh beg Sherrina dengan buku. Itupun ada beberapa tajuk yang Sherrina keluarkan kerana topik yang sama

 

Setelah selesai dan bersedia untuk membayar, terus ke hujung dewan dan deretan kaunter bayaran menunggu anda. Jangan risau, petugas Big Bad Wolf 2012 berbaju t-shirt kuning akan membantu anda mencari kaunter yang kosong. Malah mereka tolong tarik troli Sherrina ke kaunter dan ada petugas di kaunter menunggu untuk menyemak buku yang dibeli.

Big Bad Wolf 2012
Big Bad Wolf 2012 mengupah ramai petugas kali ini. Anda tak perlu susah hati. Mereka sendiri akan membuka beg atau kotak anda, menyusun buku dan menulis jumlah buku pada kertas. Cashier pula akan mengira. Anda cuma perlu lihat dan bayar sahaja.

 

Big Bad Wolf 2012
Jika anda membuat banyak belian melibatkan banyak kotak buku, usah khuatir. Mereka menyediakan porter untuk bantu membawakan buku anda ke kereta anda dengan menggunakan troli. Gempak kan!

 

Sherrina meninggalkan lokasi jam 4.30 petang dengan hati yang cukup puas. Sherrina dapat buku-buku yang dicari seperti buku John Grisham (tapi tajuk baru takde lah), Nicholas Sparks (hanya ada 2-3 tajuk aje. Tak jumpa tajuk-tajuk lama), siri Chicken Soup For The Soul yang menjadi buku wajib setiap kali Sherrina ke Big Bad Wolf dan beberapa buah buku self-help dan business.

Harga? Paling mahal yang Sherrina beli ialah RM18 iaitu buku tebal koleksi jenaka Readers Digest. Kebanyakkan buku antara RM3, RM5, RM8 RM10 (yang ini memang banyak) dan ke atas. Kalau anda penggemar buku masakan, memang banyak sungguh lah, Buku Jamie Oliver tu merata-rata kot. Memang gila lah harga buku di Big Bad Wolf 2012. Rasa nak amik semua aje. Jumlah yang dibelanjakan hari ini ialah RM132! Penuh satu beg troli dengan buku, memang berbaloi-baloi!

Menarik juga di Big Bad Wolf 2012 ini ialah susunan buku yang menarik dan unik. Lihat dalam koleksi foto dibawah 🙂

Jika anda membawa anak kecil, awasi anak anda kerana orang sangat ramai. Yang hendak bawa bayi kecil, bawalah kereta sorong. Tapi jika boleh tinggalkan bayi anda di rumah dengan penjaga lebih elok kerana kesian ada bayi-bayi yang menangis kerana rimas dan panas didalam dewan yang ramai orang. Khuatir juga buku terjatuh menimpa kerana tadi nampak seorang kanak-kanak menangis kuat dan kelihat ibunya terbongkok-bongkok mengutip buku yang jatuh dilantai. Harap buku tak menimpa budak itu.

Sherrina memang sangat beruntung dapat hadir ke acara preview ni kerana tidak ramai orang, tidak bersesak dan tidak panas. Esok hingga Ahad bila ia dibuka kepada umum, Sherrina pasti beribu orang akan menyerbunya. Tapi ikut info di Facebook Big Bad Wolf 2012, mereka buka selama 63 jam tanpa henti. Mungkin maksudnya boleh pergi pada jam 1 pagi agaknya!

Kepada pengurusan dan pasukan Big Bad Wolf 2012, syabas dan tahniah kerana program diatur dengan bagus sekali. Kepada anda yang akan ke sana mulai esok, selamat menjamu selera 🙂

KOLEKSI FOTO BIG BAD WOLF 2012

 

 

Big Bad Wolf 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.