Review Produk: Syampu BAWANG

Review Produk: Syampu BAWANG

Syampu Bawang

Minggu lalu Sherrina ada utarakan soalan mengenai apakah jenis syampu yang bagus untuk mengatasi masalah kelemumur di Facebook dan ramai rakan-rakan Facebook memberikan pelbagai jenama dan berkongsi pengalaman mereka dalam menangani masalah kelemumur.

Sebelum ini Sherrina tiada masalah kelemumur. Semenjak 3-4 tahun setia menggunakan 1 jenama syampu sahaja iaitu Follow Me. Tapi mulai tahun ini sudah mulai terasa rambut cepat berminyak, kelemumur mudah terjadi dan kulit kepala ditumbuhi jerawat. Ini turut disahkan oleh tukang gunting rambut yang mencuci rambut Sherrina.

Oleh itu Sherrina mengambil inisiatif untuk mencari jalan mengatasi masalah kelemumur ni sebab bukan sahaja ia menimbulkan keadaan kurang selesa pada rambut tapi pedih pada kulit kepala bila ditumbuhi jerawat. Setelah bertanya dan membuat bacaan, Sherrina ke pasaraya Giant Setiawangsa petang tadi untuk membeli sebotol syampu baru.

syampu bawang

Sherrina memilih syampu BAWANG yang menggunakan Jackie Chan sebagai duta produk dan sering diiklankan di tv dan radio. Harganya lebih mahal berbanding syampu yang selalu Sherrina beli. 200ml syampu BAWANG Anti-Dandruff berharga RM19.90. Hampir RM20.

Pulang aje tadi Sherrina terus cuba. Oleh kerana hari ini seharian berjalan menghadiri rumah terbuka dan terdedah dengan cuaca panas dan rambut pastinya busuk tahap gaban punya, sesuailah nak eksperimen dengan syampu BAWANG ini.

Sebalik sahaja membasahkan rambut dan menuang syampu ke tapak tangan, Sherrina dapati tekstur syampu ini sedikit pekat daripada syampu biasa. Tidak begitu banyak berbuih. Warnanya coklat muda. Tapi yang sedikit urghhh….ialah baunya. Jika sebelum ini sudah biasa dengan syampi harum mewangi setaman, syampu BAWANG ini berbau herba. Perkataan pertama yang tercetus dalam kepala apabila menghidu baunya ialah….’Aku bau macam orang tua!’ Oh ya syampu ni takde menthol so tiada rasa kulit kepala yang sejuk bagaikan air batu.

Sherrina teruskan juga menyapu syampu pada rambut dan mengikut arahan pada kotak iaitu mengurut-urut kulit kepala. Biarkan seketika dan bilas rambut. Perghhh….dia punya bau melekat sampai lepas mandi. Dah keringkan rambut pun baunya melekat. Kenalah biasakan diri.

Hasil pertama yang dirasai, rambut kering tanpa minyak. Well…memang sepatutnya pun itulah tugas syampu kan. Tapi rasa gatal-gatal di kulit kepala masih terasa sikit-sikit. Rasa aneh pula. Nak refer ke website rasmi BAWANG, versi English down pula. Dengan bantuan Google, jumpa blog ini yang sempat copy FAQ daripada laman web BAWANG versi English berkenaan mengapa terasa gatal-gatal selepas menggunakan syampu BAWANG.

Dalam pembacaan dan carian melalui Google, Sherrina juga terjumpa beberapa website dan blog yang mengatakan bahawa syampu BAWANG ini mengandungi bahan berbahaya yang boleh menyebabkan kanser:

http://www.globaltimes.cn/china/society/2010-07/551764.html

http://www.bloomberg.com/news/2010-07-23/bawang-sues-next-magazine-for-defamation-over-shampoo-report-claims.html

Walaubagaimanapun, U.S FDA dan China’s State Food and Drug Administration telah mengeluarkan kenyataan yang syampu BAWANG adalah selamat. Boleh baca di SINI dan SINI.

Sherrina cuba dahulu hingga habis sebotol dan lihat apa hasilnya. Insya’ Allah Sherrina akan kongsikannya disini nanti.

Apakah jenis syampu yang anda gunakan?

p/s: Kalau tak elok gak lepas menggunakan syampu Bawang, mungkin elok kalau ditumbuk aje bawang merah dan bawang putih pastu lumur dikepala :p

Syampu Bawang

4 Comments

  • aku pula tak leh guna shampoo yg tinggi bahan kimia krn alahan. nnti tak fasal2 mata aku pulak yg bengkak. last2 aku pakai either shampoo baby johnson atau shampoo herba jenama avon aje. bolehlah dari tak basuh rambut lansung..

    • Ok tapi sekarang saya pakai shampoo peket yang dibeli di saloon. So shampoo Bawang tak pakai dah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *