Food Review: Radix Fried Chicken Setiawangsa

Food Review: Radix Fried Chicken Setiawangsa

Radix Fried Chicken

Setelah sekian lama Sherrina mendengar dan membaca cerita dan review mengenai restoran makanan segera tempatan yang terkenal di utara Malaysia iaitu Radix Fried Chicken, akhirnya mereka membuka satu cawangan di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Radix Fried Chicken Setiawangsa

Radix Fried Chicken Setiawangsa terletak di kawasan utama Setiawangsa, sederet dengan restoran makanan segera KFC dan Bangi Kopitiam. Jika memandu di jalan utama Setiawangsa, pasti akan nampak bangunan berwarna oren ini. Parking dikawasan ini juga banyak disediakan cuma jika hari dan waktu bekerja, mungkin kena berpusing sikit jika parking penuh. Tapi Sherrina pergi minggu lepas jam 1.30 tengahari pada hari bekerja, banyak parking kosong. (Jangan lupa bayar parking, tiket mudah sampai di kereta jika tidak paparkan tiket parking)

Radix Fried Chicken Setiawangsa

 

Hidangan pertama yang Sherrina cuba ialah set ayam goreng. 2 ketul ayam goreng yang boleh dipilih samada original, spicy atau campur (1 ketul original, 1 ketul spicy) bersama mashed potato, coleslaw dan roti manis. Rasanya sedap. Rempahnya terasa. Mashed potato paling Sherrina sukai kerana mashed potato di Radix Fried Chicken Setiawangsa lebih berat rasa kentangnya berbanding di restoran makanan segera lain. Coleslaw pula boleh diperbaiki lagi. Roti tu sedap dimakan dengan gravy.

Radix Fried Chicken Setiawangsa Cheese Wedges Radix Fried Chicken. Kualiti wedges kurang tetapi cheese dan mayonis tu sama seperti cheezy wedges di restoran lain. Boleh diperbaiki kualiti wedges dan cara menggorengnya.

Radix Fried Chicken Setiawangsa Ini pula burger. Namanya Lazeez Burger. Ada 3 pilihan iaitu ayam, daging lembu dan daging kambing. Sherrina dah cuba daging lembu dan daging kambing. Memang sedap. Ia bagaikan oblong burger yang dijual di gerai-gerai burger tepi jalan.

Radix Fried Chicken Setiawangsa Lebih menarik dan menjadikan Radix Fried Chicken Setiawangsa ini lebih unik ialah ia menyediakan surau didalam restoran di tingkat atas untuk kegunaan pengunjung. Sesuatu yang Sherrina tak pernah jumpa lagi di restoran makanan segera lain yang diluar shopping complex.

Radix Fried Chicken Setiawangsa ini adalah restoran 2 tingkat. Anda boleh memilih untuk makan di dalam restoran di tingkat bawah (tak banyak meja), di tingkat atas (ruang terbuka dan ruang berhawa dingin) atau di luar restoran. Oh ya, ada wifi percuma juga.

Kepada anda yang belum pernah mencuba Radix Fried Chicken bolehlah ke Radix Fried Chicken Setiawangsa 🙂

Radix Fried Chicken

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *