Pelanggan Istimewa Pemanggang Ajaib

Pemanggang Ajaib

2 hari lepas Sherrina menerima panggilan dari seorang pelanggan yang berminat untuk membeli Pemanggang Ajaib. Setelah memberi penerangan, pelanggan tersebut setuju untuk datang membelinya di kedai di Ampang.

Semalam oleh kerana appointment dengan pelanggan lain ditunda, Sherrina ke kedai untuk bertemu dengan pelanggan tersebut. Kakitangan kedai sudah menyediakan Pemanggang Ajaib menunggu untuk menyerahkannya kepada pemilik baru.

<a href=Pemanggang Ajaib Menang Glassware

Pelanggan tersebut tidak menjumpai kedai dan setelah memberi penerangan melalui telefon, beliau dan 2 anaknya tiba juga. Rupanya pelanggan yang ramah ini adalah seorang ibu dengan kekangan penglihatan. Beliau sangat gembira dan meminta untuk memegang Pemanggang Ajaib itu.

Sherrina keluarkannya dari kotak dan beliau meraba-raba Pemanggang Ajaib itu untuk merasai strukturnya dan Sherrina tunjukkan betapa mudah menggunakannya. Beliau terus membayar dan membawa pulang Pemanggang Ajaib tersebut.

Itulah kali pertama mendapat pelanggan kekangan penglihatan. Bila difikirkan semula, Pemanggang Ajaib akan memudahkannya untuk memasak. Beliau hanya perlu masukkan bahan yang hendak dimasak didalam Pemanggang Ajaib. Tutup pemanggang itu yang cukup kedap dengan penutup keselamatan, Boleh dirasai dengan bunyi ‘klik’ apabila ditutup menandakan ia telah dikunci ketat.

goreng ayam dengan pemanggang ajaib

Hanya hidupkan api dapur dan letakkan Pemanggang Ajaib diatasnya. Untuk membalikkan makanan tidak susah dan tidak merbahaya lagi kerana Pemanggang Ajaib tutup dengan selamat, hanya perlu terbalikkan keseluruhan Pemanggang Ajaib untuk membalikkan makanan didalamnya.

Tiada masalah minyak percik, makanan tertumpah kerana menggunakan senduk dan lain-lain lagi.

Pemanggang Ajaib boleh membantu mereka yang bermasalah penglihatan memasak dengan mudah dan selamat.

Pemanggang Ajaib Menang GlasswareDapatkannya daripada ejen-ejen Menang Glassware yang lain kerana Sherrina kini tidak lagi menjualnya. Fokus kepada menguruskan NGO. Terima kasih 🙂

Pemanggang Ajaib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.