Kacang Pol

Kacang Pool

Kacang Pol Tidak pernah seumur hidup Sherrina mendengar sejenis makanan bernama Kacang Pol / Pool sehinggalah Sherrina diberi peluang mencubanya buat pertama kali di rumah Puteri Sharon yang terkenal dengan produk Sambarunding pada hari semalam.

Ketika mula-mula melihat hidangan, Sherrina hairan. Apa jenis makanan ini kelihatan berkuah, penuh dengan isi pelbagai jenis kacang dan daging. Diatasnya pula ada sebiji telur goreng dan untuk menambah pedas,ditabur dengan cili. Lebih aneh apabila tidak melihat sepinggan nasi dihidangkan bersamanya sebaliknya beberapa keping roti.

Sherrina pun mula menceduk kuah Kacang Pol / Pool itu ke dalam pinggan dan mengambil sepotong roti French Loaf. Cicahkan roti pada Kacang Pol. Mmmm…..otak cuba menafsir samada ini sedap kah, ia masin kah, manis kah dan sebagainya.

Setelah 6-7 keping roti habis dinikmati bersama Kacang Pol ini, Sherrina mula ketagihan. Rasanya enak. Banyak kacang dan daging cincang didalamnya. Kuahnya tu, tak boleh diceritakan dengan kata-kata. Kena cuba sendiri baru tahu rasanya. Yang pasti ada rasa pedas, sedikit manis dan rempah. Memang sangat sesuai untuk dimakan di waktu pagi atau minum petang.

Ketika Sherrina sedang makan, datang sepasang suami isteri ingin mengambil tempahan brownies yang dimasak oleh Puteri Sharon. Suaminya melihat Kacang Pol dan meminta izin mahu mencuba. Akhirnya, setengah jam mereka berada disitu hingga habis satu mangkuk Kacang Pol! Memang sedap. Malah, mereka meminta untuk beli pula untuk dibawa pulang.

Sebelum pulang, Sherrina sendiri pun membeli 1 bekas Kacang Pol dan roti French untuk dimakan di rumah. Mak dan ayah Sherrina pun sudah mencuba dan mereka mengatakan ia sangat sedap.

Insya’ Allah sikit masa lagi, tempahan bagi makanan ini akan dibuka kepada umum. Nak cuba?

Kacang Pool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.