Review Filem: Ice Age 4

Ice Age 4

ice age 4 Rasanya dah lama gak tak tulis review filem. Sebab dah lama kot tak ke pawagam. Tapi disebabkan semalam ialah birthday Sherrina (ehemm…nak hadiah!) dan ada member yang baik hati nak belanja makan dan tengok wayang, maka kami serbu ke pawagam yang dijangkakan tak ramai orang walaupun filem ini baru aje keluar di pawagam.

Yup…mana lagi kalau bukan TGV Capsquare. Kami sampai jam 2.25pm dan filem dijadualkan mula jam 2.20pm. Relaks aje beratur beli tiket sebab confident tiket mesti ada punya dan seat yang bagus. Tepat jangkaan, pawagam tak penuh pun. Dan seat yang best masih ada.

ice-age-4 Cerita ini masih lagi bertitik tolak daripada si tupai gila yang kerjanya selama bertahun-tahun lamanya asyik mengejarkan kacang. Dan sekali lagi dek kerana kacangnya iatulah dunia menjadi huru hara. Kali ini, perpecahan benua.

ice-age-4

Dalam siri kali ini, anak Manny dah besar, dah masuk alam remaja. Melalui fasa-fasa kacau bilau emosi remaja. Hmm..gajah pun emosi remajanya macam manusia. Secara keseluruhan cerita ini mengenai dunia sekali lagi mengalami perubahan iklim dimana tanah terbelah membentuk benua-benua dan Manny, Diego, Sid dan nenek Sid (watak ni markahnya kuberi 5 bintang!) terisah daripada kumpulan haiwan mereka termasuk keluarga Manny akibat berlakunya satu gempa yang memecahkan tanah dan mereka terdampar diatas seketul ais besar ditengah laut.

Dalam misi mencari jalan pulang, mereka bertembung dengan sekumpulan lanun yang diketuai oleh seekor gorilla (ke monyet? ke orang utan? entahlah…) dan berlakulah peperangan antara kumpulan Manny dan kumpulan lanun.

Cerita ini berakhir dengan….tentulah pasukan Manny dapat bergabung semula dengan keluarga dan kawan-kawan mereka yang lain. Cuma apa jadi di antara tu, korang tengok lah sendiri.

Secara keseluruhan, visual dan efek dalam cerita ini memang best lah. Mungkin 3D lebih gempak kot. Tapi ada juga jalan cerita yang perlahan dan membuatkan mengantuk. Kualiti lawak didalam cerita ini pun berkurangan berbanding yang sebelumnya. Takde lah  part ketawa sampai tekan perut. Ketawa gitu ajelah.

Secara keseluruhan, Sherrina berikan 3 bintang setengah untuk filem ini.

Ice Age 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.