Cerita 2

Cerita 2.

Sabtu lepas bercadang nak lari balik ke KL kejap nak menghadiri satu seminar jam 3pm di Bandar Tasik Permaisuri dan seterusnya menghadiri kenduri kahwin di sebelah malam. Ketika memandu keluar dari Kalumpang Resort, GPS menunjukkan arah pulang ke KL mengikut jalan lama. Memikirkan tak pernah ikut jalan lama dan mahu elak traffic jem di highway dan Jalan Duta, ikutkanlah kata GPS tu. Seronok lah lalu kawasan kampung dan pekan-pekan kecil.

Ketika di satu simpang di pekan Rasa, tetiba enjin kereta mati. Tak mahu hidup. Sebelum itu aircond tak berfungsi dan dah terfikir nak cari bengkel untuk tambah gas aircond. Cuba untuk hidupkan gagal. Ah sudah….tak pernah kena situasi mati enjin kereta di tengah jalan begini seumur hidup. Apa nak buat?

Kereta-kereta yang lalu cuma hon dan masuk ke laluan kiri untuk melepasi. Sebuah Kembara turut lalu dan berhenti. Seorang lelaki Cina dalam lingkungan umur 40an keluar dan tanya kenapa. Lepas tunjuk enjin dan dia cuba, dibukakan penutup enjin. Lepas diperiksa, air kering. Mungkin tangki air bocor. Cuba membuka penutup air dengan hati-hati, sebotol besar air 5 liter dimasukkan. Pun habis. Tapi cukup untuk hidupkan enjin. Beliau suruh ikutnya ke bengkel kawannya. Mulanya agak cuak tapi tawakkal ajelah.

Melalui simpang-simpang dan laluan kampung, sampai di bengkel. Beliau explain kepada kawannya dan berlalu pergi. Sempat ucap terima kasih kepadanya. Tapi tak tanya pula namanya. Mekanik berbangsa Cina itu pun memeriksa dan beritahu ia akan ambil masa 3-4 jam untuk dibaiki kerana kedai spare part terdekat tutup. Dia kena ke kedai yang satu jam jauhnya. Diberinya payung dan disuruh ke kedai mamaki berhampiran.

Mujur ada laptop dan broadband. Walaupun signal suam-suam kuku, dapatlah buat kerja sikit sementara tunggu siap. 3 jam kemudian dia call bagitau dah siap. Dibawanya test drive untuk melihat prestasi kereta. Macam-macam nasihat dan ilmu penjagaan kereta diberi sepanjang perjalanan. Ketika membayar, beliau turut beri diskaun dan hanya charge setengah harga untuk setengah botol coolant yang digunakan walhal kalau di KL kalaupun setengah botol tetap di charge sebotol. Malah beliau beri no telefon untuk dihubungi in case jadi apa-apa lagi.

Mereka tidak sebangsa dan seagama tapi mereka bantu saya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Siapa kata rakyat Malaysia racist?

p/s: Ada yang komen ini adalah kebaikan individu. Bukan berkaitan kaum. Saya masih memikirkannya. Buat masa ini biarlah saya kekalkan struktur cerita asal yang saya post di wall FB saya yang tak boleh di edit lagi.

pp/s: Anda pula kata apa?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *