Cerita 1

Cerita 1.

Petang tadi kitorang tercari-cari le cara nak contact cousin yang sedang bercuti di Beijing untuk maklumkan yang ayahnya sedang tenat sebab dia tak roaming handphone disana. Yang tahu cuma nama hotel sahaja. Kami Google dan berjaya mendapatkan no telefon hotel (nasib baik ada Google Translate). Masalah berikutnya ialah, orang hotel tak reti cakap English.

Pastu kami yang ketika itu berkumpul dalam 5-6 orang di kantin hospital cadang nak cari mana-mana orang cina di situ yang pandai cakap Mandarin untuk bantu cakapkan dengan pihak hotel. Sedang kami melilaukan mata mencari, terpandang seorang lelaki dalam usia pertengahan 30an sedang berjalan. Luqman dengan pantas memanggil beliau. “Sir…sir…yes you sir. Can you help us?”

Lelaki itu menghampiri kami. “Can you speak Mandarin?”. “Yes”. “Can you help us to talk with hotel staff in Beijing. We need to find our cousin”.

Lelaki itu dengan sabar membantu kami. Call Sales office. Lepas lama bercakap dan explain kepada sales office di sana, baru dapat tahu no bilik dimana cousin menginap. Kemudian call pula hotel, disambungkan ke bilik. Tiada berjawab. Kami minta beliau sampaikan pesan kepada receptionist untuk memaklumkan cousin supaya call Malaysia segera.

Beliau pun bercakap dalam Bahasa Mandarin dengan pihak hotel. Yang cuma difahami ialah nama cousin dan Malaysia aje. Lepas beberapa minit, panggilan tamat. Sekarang kami cuma tunggu aje cousin call. Terima kasih lah kepada lelaki itu yang kebetulan melawat seseorang di tingkat yang sama dengan pakcik saya dirawat. Beliau sanggup membantu walaupun tak kenal kami.

Semangat 1 Malaysia dah ada lama dah. Bukan baru muncul. Takde racist pun.

p/s: Ada yang komen ini adalah kebaikan individu. Bukan berkaitan kaum. Saya masih memikirkannya. Buat masa ini biarlah saya kekalkan struktur cerita asal yang saya post di wall FB saya yang tak boleh di edit lagi.

pp/s: Anda pula kata apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *