«

»

May 22

MTV Official Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo

Andai Ku Bercinta Lagi

kumpulan-Mojo

Kredit Foto: Era.FM

First time dengar lagu ni di radio Suria FM. Dengar beberapa kali baru jatuh hati dan cari video di YouTube. Bila baca liriknya, perghhh….sedih lagu ni. Dengar berkali-kali dah boleh bayang kalau buat filem atau drama based on lirik lagu ni, macam mana jalan ceritanya. Tapi bila tengok di YouTube, rupanya lagu ni OST drama 3 Janji. Hmmm….lebih kurang macam lirik ni lah tapi boleh buat drama yang lagi meruntun jiwalah.

 

LIRIK ANDAI KU BERCINTA LAGI – MOJO

Kini kau tiada Senafas pun ku perlu mencuba Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata Dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata Dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama Fajar tiada kejora Aku hilang di dalam gelita kalbu Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka Ku perlu pejamkan mata Dan memaksa lafaz cinta Dengan bayangmu di minda

Kredit Lirik: LirikLagu.biz

 

Perghhhh..tengok lirik tu. Tajam menikam tuh. Bila disiasat siapa kumpulan Mojo ni, rupanya dianggotai oleh Aweera (OIAM 3), Johar (drummer), Deny (gitarist) dan Edry KRU (Synthesizer). Kumpulan Mojo ni ditubuhkan dibawah naungan KRU Studios.

Patutlah lagu meletup! Produk KRU tuuuuuu….tahun ni KRU sambut 20 tahun penubuhan. Oh yeah!

Mojo ni membawakan konsep Synth Rock. Amende nye tu? Ntah…tak kisahlah. Yang penting lagu ni best!

Melalui carian di Google, terjumpa web Manggaonline (perghh aku baca Mangga!) dan menurut artikel disitu:

“Lagu ini adalah daripada kisah benar yang terjadi pada salah seorang kawan kepada Edry sendiri. Seorang lelaki yang masih mencintai isterinya yang meninggal akibat kanser . Cinta itu sentiasa mekar di hatinya walau apa pun yang berlaku.”

Haaaa….kan tepat macam dalam kepala aku. Lagu ni mesti ceritanya macam gini hah. Perghhh someone buatlah drama. Mesti tangkap jiwa punya!

Anyway, memang tak hairan lah lagu ni best sebab Edry KRU yang cipta kan. Barulah terasa segar industri muzik tanahair. Bernanah kot telinga dengar 2-3 lagu yang berkisar hal Facebook. Tolonglah buat lagu best-best lagi!

Andai Ku Bercinta Lagi

2 comments

  1. Khairil Anuar Ahmad

    Best memang best lagu ni. Klau ada kluar versi utk karaoke aku first nak beli dan nak nyanyi kan lagu ni.

    1. sherrina

      Redbox dah ada kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>