Food Review: Dodol Durian Warisan

Dodol

Asyik buat review makanan restoran aje kan. Apa kata kali ni Sherrina buat review makanan yang boleh dibeli bila-bila masa, makan bila-bila masa. Tak perlu masak. Hahahaha….ya memperkenalkan Dodol Durian Warisan!

dodolDodol Warisan ni dikeluarkan oleh sebuah industri desa di Johor. Setiap hari mereka memasak 10 kawah dodol. Perghhh….sikit lagi kene masak dalam kilang le. Dodol Warisan ni punyalah sedap sebab tu hari-hari mereka kena masak sebab nak memenuhi permintaan pelanggan. Jika dulu dodol dimakan pada hari raya sahaja tapi kini dodol dimakan sepanjang tahun.

dodol durian

Dodol Warisan mengeluarkan dua jenis dodol iaitu dodol durian dan dodol lemak. Setiap peket seberat 400g mengandungi lebih kurang 29-31 biji dodol yang telah dibungkus kecil-kecil. Kegemaran Sherrina ialah Dodol Durian. Walaupun Sherrina tak suka makan durian tapi bila ia dijadikan dalam bentuk dodol, memang asyik nak mengunyah aje.

Satu peket Dodol Warisan samada Lemak atau Durian dijual pada harga RM18 termasuk pos di Semenanjung Malaysia dan RM21 ke Sabah/Sarawak.

Jika beli 2 bungkus, harganya lebih murah iaitu RM32.50 termasuk pos di Semenanjung Malaysia dan RM38 ke Sabah/Sarawak.

Jika berminat nak rasa Dodol Lemak dan Dodol Durian jenama Warisan, sila hubungi Sherrina di 017-274 8904 atau order je terus dengan klik di

Dodol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *