Food Review: Borbie Cheese Potato & Snacks

Food Review: Borbie Cheese Potato & Snacks

Borbie Potato Cheese

Kadangkala bila kita berjalan, kita takde mood nak makan makanan yang berat. Ini berlaku pada Sherrina pada hari ini. Rasa takde mood. Sedang berpusing-pusing di Jusco AU2 mencari idea nak makan apa, tiba-tiba ternampak satu kiosk baru. Eh, tak pernah nampak pun sebelum ni?

Namanya ialah Borbie Cheese Potato & Snacks. Sherrina jangka, ini satu lagi francais dari luar negara. Tepat tekaan Sherrina bila melihat kad dan menu disitu.

borbie potato cheese

 

borbie potato cheese

Menu utama disini berasaskan ubi kentang. Ubi kentang digoreng ala deep fry dan dibelah. Didalamnya diisi dengan pilihan yang anda gemari. Ada beberapa pilihan yang sesuai untuk citarasa pelbagai jenis pelanggan.

borbie potato cheese

Untuk percubaan pertama ini, Sherrina memilih Beef Pepperoni. Nampak macam sedap.

borbie potato cheese

Didalam ubi kentang yang telah digoreng ini diisi dengan sos berwarna putih masam manis. Mmm…sos tartar kot. Ada sehiris telur rebus, isi ayam, jagung dan sayur brocoli.

Beef pepperoni yang dimasak didalam microwave ditabur diluarnya dan sos berwarna kuning dituang didalam kotak. Sos itu tak pasti adakah ianya cheese sebab rasanya manis. Mula-mula makan rasa aneh tapi dah lama, memang sedap.

Makan satu set hidangan ini memang mengenyangkan. Kulit luar ubi kentang ranggup dan sedap bila dikunyah. Intinya juga sedap. Mula-mula rasa aneh pula bila ada telur rebus tapi bila makan, memang matching dengan apa yang ada.

Harga satu set ini beserta segelas ice lemon tea berharga RM8.50 kalau tak silap Sherrina. Kurang dari RM10 itu pasti. Memang mengenyangkan dan menyelerakan bagi yang gemarkan ubi kentang. Kalau nak cuba, cari kiosk ini di Jusco AU2 yang terletak berdekatan kedai telekomunikasi Digi.

Borbie Potato Cheese

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *