Bila aku lapar…

Kucing

Semalam balik dari mengajar tuisyen, singgah gerai burger di Datuk Keramat. Gerai pertama, aku terpacak disitu selama 15 minit namun haram tak nampak kelibat penjual burger. Kedai menyala, tuan kedai takde. Erkkk…pikir balik mcm seram lak.

Inilah gerainya.

Drive ke depan lagi, berenti di LRT Datuk Keramat. Tapau 2 biji burger ayam.

Balik umah sewa. Park kete. Nampak seekor kucing agak sihat duduk golek-golek kat tepi lobi. Macam kesian dengar dia ngiau. Bukak plastik burger. Bukak bungkusan burger. Ingat nak kasi dia. Tapi pikir balik, kang aku yang kebulur lak.

Tutup balik dan kata “sorilah kucing. Sok aku belanja ko makan ye”. Cepat-cepat lari naik lif. Wuwuwuwuwu….

Kucing