Food Review: Rawang Burger Bakar

rawang-burger-bakar

Burger Bakar

Malam tadi melepak ngan Awin dan Radzi sekeluarga di Restoran Arena yang terletak di Wangsa Maju. Selain daripada nak sembang, sebenarnya nak try Rawang Burger Bakar, Terjumpa di Facebook masa dok merewang dalam Facebook. Macam best aje. Nak try lah.

Sherrina dan Awin memilih Rawang Valentine. Sebab nampak macam sedap aje. Tengok gambar pun dah terliur. Setelah menunggu sambil berbual. Sempat pulak berjumpa kejap dengan Hanis Kamis untuk demo penggunaan tablet Islamik eAlim, akhirnya burger pun siap. Perghhhh…macam dalam bunting dan fan page yang diiklankan lah!

rawang-burger-bakar

 Roti burger sangat lembut dan dilimpahi mayonis. Telur itu pula melting bersama cheese dan daging yang buat sendiri daripada mince meat. Bukan daging dibeli di pasaraya ye. Sebabnya daging berbentuk  bujur dan ada bawang didalamnya. So memang sahih lah bukan burger dibeli di pasaraya. Sayurannya segar dan ada hirisan nenas. Alamak…terbaik sungguhlah!

Harganya RM8. Sungguh berpuas hati dan berbaloi. Kalau anda belum cuba, disyorkan mencubanya dengan segera. Psttt….saya tengok Rawang Burger Bakar edarkan kupon diskaun di fan page mereka. Gi lah amik dan cuba sendiri 🙂

Lokasi Restoran Arena ini terletak di Wangsa Maju sederet Restoran NZ lama dan Affin Bank. Jika anda memandu seolah ke Restoran NZ, bila masuk lorong kecik dimana ada 7-Eleven di sebelah kanan anda dan showroom Toyota di sebelah kiri anda dan biasanya sederetan meja gerai didepan anda, maka anda hanya perlu pusing ke kiri dan terus hingga ke hujung jalan. Anda akan nampak bangunan CGC. Disitu akan dapat anda lihat restoran di corner lot dengan skrin besar biasanya menayangkan bolasepak. Disitulah boleh anda dapati Rawang Burger Bakar.

Enjoy!

Kredit foto: Awin Ariff.

Burger Bakar