Muar
Bangun awal pagi, siap ala kadar untuk bersarapan yang hanya terletak 10 tapak dari pintu bilik kami. Cafe hotel ini dekat amat. Kami mendapat 3keping baucer untuk sarapan pagi. Maka kami tong-tong untuk bayar kos sarapan untuk orang ke-4. RM12 untuk dewasa. Menu yang disediakan antaranya ialah nasi lemak, mee goreng, roti bakar, cornflakes, roti jala dan beberapa menu lagi.
Kami makan dengan tenang-tenang aje sebab kami hanya akan check-out jam 12 tengahari nanti. Urusan pengangkutan ke lokasi kenduri kahwin juga telah diuruskan dengan bantuan maklumat daripada rakan Facebook iaitu Ex Supir yang memberikan no telefon Pakcik Shukor iaitu seorang pemandu teksi di Muar. Setelah negosiasi maka pergi dan balik ialah RM50. Di Muar tidak ada teksi bermeter ye. Semuanya pakai kiraan kepala, kereta dan budi bicara. hehe….
Jam 12 tengahari kami berempat siaplah dengan baju kurung bagai mengheret bagasi dan buat urusan check-out. Baiknya Hotel D99 ni kerana ada khidmat menyimpan bagasi walaupun sudah check-out. Kami tinggalkan di kaunter khas dan diberikan tag bag. Berlenggang lah kami ke Parit Jawa.
Pakcik Shukor tiba 15 minit lebih awal. Setelah semuanya masuk ke teksi, bermulalah perjalanan kami ke Muar. Seronok melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Paling seronok ialah membaca nama-nama parit yang dilalui. Ada Parit Jamil, ad Parit Samsu. Parit Penyegat pun ada!
Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Kami tiba di lokasi kenduri dan berjanji dengan Pakcik Shukor untuk mengambil kami semula jam 3.30 petang. Kami disambut oleh abang pengantin. Kami masuk ke rumah, pengantin sedang dalam persiapan akhir. Kami ke khemah untuk menjamu selera. Hidangan disediakan secara buffet. Lauk-pauk semuanya dimasak secara bergotong-royong oleh orang kampung. Sedap-sedap belaka lauknya! Tugas mengutip pinggan, menambah lauk dan menjaga persekitaran khemah semuanya dilakukan oleh orang kampung. Bukan pekerja katering yang berbaju putih dan berseluar hitam yang biasa kita lihat di Kuala Lumpur.
Selesai makan, kami lepak didalam rumah. Semakin lama semakin ramai kerana pengantin dah nak sampai.
Selama ini memang selalu dengar orang bercerita mengenai budaya kenduri kahwin di selatan. Pengantin lelaki tak boleh lepas terus ke pelamin tanpa melalui beberapa ‘tol’. Jadi ini kali pertama lah nak tengok apa rupa dan keadaan ‘tol’ di kenduri kahwin ini.
Tol pertama yang dilalui ialah pasukan rewang kalau tak silap. Sebab nampak dari jauh beberapa pemuda duduk di kerusi yang disediakan dengan tuala masih lekat di leher mereka.
Tol kedua yang perlu dilalui ialah makcik-makcik yang menunggu didepan pintu. Rupanya setiap tol ada ’negotiator’ yang akan cuba memintas tol tanpa perlu mengeluarkan wang. Lucu juga melihatnya kerana pakcik itu akan memberikan pelbagai alasan untuk melepasi tol. Tapi akhirnya akan menyerahkan beberapa keping sampul berisi wang kepada mereka.
Tol terakhir ialah di atas pelamin. Sekumpulan gadis akan melindungi pengantin perempuan dan mereka akan meminta tol untuk membolehkan pengantin lelaki duduk bersanding diatas pelamin. Sekali lagi pakcik negotiator akan melaksanakan tugasnya. Dan akhirnya beliau akan menyerahkan beberapa peket wang kepada mereka.
Ini satu lagi budaya yang unik iaitu pengantin akan membaling sebakul gula-gula bercampur duit syiling kepada para tetamu. Patutlah ramai betul yang duduk rapat-rapat dengan pelamin. Rupanya menunggu hadiah daripada pengantin.
Bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa pun turut sertai sama
Selesai upacara tersebut dan upacara merenjis, pengantin beredar ke khemah untuk makan beradab. Kami pula berjalan-jalan melawat tapak didalam bilik pengantin untuk melihat hantaran.
Antara hantaran yang cukup bermakna.
Antara hantaran yang wajib ada ialah sirih junjung. Kata orang, kalau mahu bertemu jodoh dengan cepat, makanlah siri junjung ini. Emmm….kalau makan sehelai dua masih lambat, cubalah makan sepokok terus! hehehehe
Seperkara yang unik di kenduri kahwin ini yang Sherrina tak pernah jumpa di mana-mana kenduri ialah ada DJ. Well…memanglah most kenduri kahwin ada hiburan. Samada karaoke, live band dan lain-lain. Disini pun sama. Tapi yang unik disini ialah aktiviti yang disediakan oleh para DJ untuk menghiburkan para tetamu. Siap ada kuiz tu! Aneh betul. Patutlah ramai budak-budak bertenggek di ruang DJ sebab nak jawab kuiz. Dapat hadiah tau!
Jam 3.30 petang kami mengundurkan diri. Mengucapkan selamat kepada pengantin baru iaitu Maznon dan Ashraf lalu kami menaiki semula teksi Pakcik Shukor. Dalam perjalanan pulang, banyak yang diceritakan oleh Pakcik Shukor. Rupanya banyak tanah-tanah di Muar ini yang diwarisi oleh anak-anak dijadikan taman perumahan. Maknanya, kalau mereka memiliki beberapa lot tanah, mereka akan upah pemaju perumahan untuk bina satu taman perumahan diatas tanah mereka itu. Beberapa unit akan pemilik diami atau sewakan, selebihnya dijual. Ada juga yang duduk sekeluarga ditaman itu. Itu sangat unik.
Sambil berbual, Sherrina cuba-cuba mengajak Pakcik Shukor berbual hal politik. Bertanyakan siapa wakil rakyat kawasan Muar. Katanya parti Barisan Nasional. Dan beliau terus diam. Nampak tidak berminat untuk meneruskan perbualan. Ahhh terlepas peluang untuk mendengar pendapatnya mengenai prestasi ahli parlimen Muar. Jangan marah ya, Dato’ Razali Ibrahim
Kata Pakcik Shukor, ada seorang penduduk jati Muar disitu memiliki hingga 60 pintu rumah sewa! Hasil untung sewa rumah, digunakan untuk beli rumah lagi. Malah dia bina satu taman perumahan dan menyewakan semuanya. Hebat! Tujuh keturunan tak habis makan tu!
Ini pula menurut Pakcik Shukor ialah restoran yang menyajikan masakan asam pedas paling sedap dan popular di Muar. Terletak di Parit Jawa. Katanya ia terletak didalam kedai kopi cina tetapi tukang masak asam pedas itu seorang makcik berbangsa melayu. Next trip ke Muar, mesti cuba ni. Tapi ia hanya dibuka diwaktu pagi sahaja.
Jangan terkejut pula bila melihat rumah-rumah dan kedai-kedai di Muar ini memasang antenna tinggi mencakar langit. Rupanya mereka hendak mendapatkan siaran televisyen dari Singapura. Kata Pakcik Shukor, budak yang memanjat untuk memasang antenna setinggi itu bersaiz kecil orangnya.
Kami tiba di hotel jam 4.30 petang. Mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Pakcik Shukor, kami mengambil semula beg kami dari kaunter hotel. Meminta izin daripada pihak hotel untuk menumpang tukar pakaian di tandas hotel.
Jam 5 petang, kami menapak ke stesen bas Maharani. Sementara menunggu bas bertolak jam 6.30 petang, kami sempat pekena seround lagi mee bandung di gerai betul-betul sebelah stesen bas itu. Tapi tidak sesedap gerai pertama yang terletak menghampiri jambatan.
Oh ya, sebelum pulang kami sempat ke kedai kopi 434 yang terkenal itu. Malang sekali kerana malamnya mereka akan mengadakan makan besar sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kami hanya dibenarkan membeli produk untuk dibawa pulang. Ruangan kedai kopi telah ditutup. Kelihatan ramai pelangan yang baru tiba pulang dengan kecewa. Kami membeli beberapa bungkusan kopi 434 untuk dicuba.
Jam 6.30 petang kami menaiki bas. Wah, nyaris tertinggal. Rupanya tempat duduk kami sudah diberi kepada mat-mat bangla untuk diduduki. Apabila kami naik, mereka menginjak semula ke tempat asal mereka di belakang. Aduh, sepertiga bas terdiri daripada warga asing. Bising dan bau…bertabahlah. Ada pula yang mengada-ngada berbual dengan rakan dan duduk diatas peha rakannya. Hai abang bangla, rasa nak sepak aje!
Jam 9.30 malam kami tiba di Terminal Bersepadu Selatan. Tak sabar-sabar mahu pulang ke rumah kerana rasa terlalu penat duduk didalam bas yang sempit kerusinya itu. Kami menaiki LRT ke stesen Titiwangsa. Mujur boyfriend housemate sudi menumpangkan kami ke rumah. Sampai di rumah sesudah mandi, terus tidur dengan lena.
Sekian sahaja travelog Muar 24 jam ini. Memang perlu ulang lawatan dan lebih lama kerana banyak lagi yang belum diterokai di Muar.
















