Bas Mini

Pertama kali ditemubual sorang sorang oleh wartawan akhbar. Bukan..bukan politik politik mahupun ekonomi. Ianya berkisar kisah blogpost yang Sherrina tulis di blog ini mengenai kenangan menaiki bas mini zaman muda-muda dulu. Di tahun 90an. Zaman berebut-rebut naik bas mini ke sekolah di Convent Bukit Nanas. Wartawan tersebut yang ditugaskan untuk menulis mengenai sejarah silam bas mini yang suatu ketika dulu merupakan pengangkutan awam utama di Kuala Lumpur telah menemui blog Sherrina dan menghubungi Sherrina untuk mendapatkan cerita lanjut.

Temubual tadi dilakukan di Starbucks. Alah, siap ambil gambar pula sambil bercerita tu. Muka macam panda lah sebab tido cuma tiga jam aje malam tadi. Hahahaha….katanya akan disiarkan 3 minggu lagi.

Ehh..ehhh….beraturr…beraturrr…jangan berebut-rebut nak mintak otograf! Eh!

Bas Mini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.