Food Review: Tutti Frutti Ampang Jaya

Tutti Frutti

Tutti Frutti Ampang Jaya

Petang tadi gi Tutti Frutti Ampang Jaya. Ye, walaupun depan rumah sendiri ada outlet Tutti Frutti tapi sanggup ke Ampang Jaya sebab ia baru dibuka dan menawarkan diskaun 50% sempena pembukaannya!

Lokasi Tutti Frutti Ampang Jaya ini ialah di kawasan rumah kedai yang ada 7-Eleven. Di antara ISKL dan SPCA. Didepannya ada sederet gerai-gerai makan yang famous. Aneh juga kenapa Tutti Frutti buka di kawasan yang susahnya nak cari parking. Masa sembang ngan member dulu dok teka-tekalah di Ampang tu Tutti Frutti akan dibuka dimana. Kami teka di Petronas Ampang Jaya ataupun di shop lot Taman Dagang. Sekali di Ampang Jaya pulak.

Ketika sampai sana jam 5 petang, Sherrina bernasib baik kerana ada kereta hendak keluar. Cepat-cepat masuk dan parking disitu. Melangkah mencari Tutti Frutti. Tak nampak. Rupanya hampir di hujung sekali menghala SPCA. Ketika masuk, humang aihhh. Ramai giler umat. Kata adik kawan Sherrina, adik perempuan keluarga Naza ada disitu. Tak pasti yang mana satu.

Outlet ini paling kecil pernah Sherrina masuki. Sempit untuk menggunakan mesin menuang froyo. Kemudian berhimpit pula di kaunter toppings. Setelah ditimbang, harganya RM8. Isi penuh-penuh dengan 4 perisa froyo, kacang gajus, biji matahari dan coklat. Oh ya, idea meletakkan kacang gajus tu sangat bijak sebab rasa masinnya sedap bila kena dengan froyo yang masam. Cuma kalau bukan time diskaun, tak amiklah kacang tu. Mahal tuuu.

Oleh kerana tempat duduk didalam penuh, kami terpaksa duduk di meja luar. Oh sempit! Ruang kaki lima kecil. Cukup2 letak meja bulat dengan 3 kerusi sendat ke dinding kaca. Ketika kami menikmati Tutti Frutti, kelihatan dua jejaka yang nak beli froyo berpatah balik kerana melihat keadaan kedai yang penuh sesak.

Selesai makan, kami cepat-cepat beredar kerana ada yang menunggu untuk duduk. Bila masuk ke kereta, ada pula yang menunggu hendak ambil parking itu. Oh, kenapalah pilih lokasi yang sangat kecil dan susah nak parking? Teori kawan, sebab nak target budak-budak ISKL. Hmmmm……

 

Tutti Frutti

2 thoughts on “Food Review: Tutti Frutti Ampang Jaya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.