Arielle Metzger, Remaja Homeless Penuh Inspirasi

Arielle Metzger

Sherrina terjumpa video ini semasa merayau-rayau didalam Facebook. Dikongsikan melalui wall sahabat FB, Mazliza. Video ini sangat memberi inspirasi dan kesedaran betapa kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang boleh berlaku dimasa hadapan.

Agak menakutkan juga melihat apa yang sedang berlaku di Amerika. Tetapi melihat kesungguhan dan ketabahan Arielle Metzger ini benar-benar memberi perangsang dan inspirasi kepada Sherrina. Walaupun dia dan keluarganya tiada rumah, mereka tetap gigih meneruskan hidup. Bersekolah dan belajar.

Selepas kisah ini dipaparkan di tv CBS dalam rancangan 60 minutes, Arielle Metzger mendapat liputan dan bantuan yang banyak. Ramai yang tampil mahu memberikan bapanya pekerjaan, tempat tinggal untuk mereka dan bantuan pembelajaran. Boleh baca kisah susulan mereka di SINI.

Video 60 Minutes Overtime boleh ditonton di bawah ini:

Dengan pengalaman yang dilalui, Arielle kini menghulurkan bantuan pula kepada orang lain. Ini Facebook Arielle Metzger, laman web Green Streak dimana kupon yang beliau jumpa dan tahu dikongsikan disitu. Di Amerika, sistem kupon sangat popular kerana ia memberikan peluang rakyat memberi sesuatu produk itu pada harga lebih murah.

Kisah beliau benar-benar memberikan inspirasi dan membakar semangat kepada kita bahawa dalam kesusahan itu, pasti ada jalan untuk keluar daripadanya.

Arielle Metzger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *