Food Review: Char Kuey Tiow Mali & Nasi Lemak Mali

Rasanya ramai dah tahu kehebatan dua menu power Mali ni. Asalnya berniaga di tepi jalan di Taman Bunga Raya. Kemudian kene roboh dan pindah ke rumah kedai di Danau Kota. Khabarnya dia kembali buka gerai lamanya di Taman Bunga Raya. Tegar mamat ni.

Anyway, dua menu utama yang menjadi buruan peminat makanannya ialah char kuey tiow dan nasi lemak ayam goreng panas. Kalau di restorannya di Danau Kota tu, dengan sistem layan diri bersedialah anda untuk beratur lama menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di kaunter. Memang ramai yang menyerbunya setiap malam.

mali char kuey tiow
Char Kuey Tiow Mali

Keenakkan char kuey tiow ni pada udang yang besar dan kuah yang sedap. Tapi bagi Sherrina, perut kurang menerima chay kuey tiow Mali ni. Gamaknya kuah tu power sangat kot. Asal makan je sakit perut. So bila ketagihan nak makan char kuey tiow, Sherrina akan ke Sani Char Kuey Tiow di Taman Tasik Titiwangsa.

nasi lemak mali
nasi lemak mali

Nasi lemak pula memang diakui disini sedap. Pada Sherrina, sambalnya itu yang power. Manis dan pedas. Kalau nasib baik, ikan bilis tu boleh digigit. Nasib tak baik, dapat ikan bilis keras macam paku, patah gigi dibuatnya. Overall, nasi lemak ini memang sedap dimakan bila teringin nak makan nasi lemak di malam hari. Waktu pagi kedai ni tak buka so tak dapek lah nak sarapan dengan nasi lemak ini.

Aiseh..dah meleleh plak air liur ketika menaip ini. Nak pi Titiwangsa lah. Chow!

5 thoughts on “Food Review: Char Kuey Tiow Mali & Nasi Lemak Mali”

  1. hi sis!
    smlm baru mkn kt mali’s ni. hikhik. bley tahan la char kuew teow dia….tp tak leh lawan kt kg nolly lg..kt penang. smlm tak rasa nasi lemak..just amik ayam goreng je.. ayam dia sedap betul. 😀

    anyway..slamat berkenalan. syok baca blog sis…bnyk pasal food review. dpt bnyk info baru. thanks so much!

    1. Hi Nolly,
      Kalau di Penang tu di area mana yang sedap? Saya pegi dulu tak jauh dari USM namanya Sani Char Kuey Tiow. Tak sure sama ke dgn Sani Char Kuey Tiow di Taman Tasik Titiwangsa. Yup, ayam goreng Mali sedap.

      Selamat berkenalan. Thanks for visiting my blog 🙂

  2. Actually..tak smpai penang pon. kt sempadan perak je, parit buntar.
    Dulu..tmpt dia kt blakang tanah perkuburan kt pusat bandar. now ni dia da pindah tempat baru. everytime blk kg…mmg wajib la mkn situ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.