AlimKids Bookshop

Belek-belek gambar, rupanya ada entry yang tertunggak. Sherrina berpeluang ke AlimKids Bookshop di USJ 9 beberapa bulan yang lalu. Lepas raya kalau tak silap. Menghadiri preview mengenai Rootwommers iaitu program word of mouth marketing. Dah lama Sherrina tak ke Alimkids. Rupanya dah berpindah premis. Masih di row yang sama. Jika dulu di ground floor tapi saiz ruang agak kecil, kini di tingkat 1 dengan ruang yang lebih luas.

alimkids bookshopPilihan warna yang menarik. Hijau dan terang. Membuatkan segala produk yang dipamerkan nampak kemas dan menyelerakan. Eh, macam makanan pula. Hehe…Tapi seriusly, susunatur begini memang meningkatkan minat untuk melihat produk yang dipamerkan dengan lebih dekat.

alimkids bookshopMenariknya mengenai Alimkids ialah mereka pandai mencari produk-produk berkaitan pendidikan Islam, kanak-kanak dan kekeluargaan yang unik dan lain daripada yang lain. Misalnya macam stiker diatas. Serius kreatif!

alimkids bookshopBuku dengan kulit warna-warni! Sangat menarik untuk dimiliki. Kenapalah masa Sherrina kecil dulu tak banyak buku sebegini. Haihh….untung kanak-kanak zaman sekarang.

alimkids bookshopSelain buku, medium ilmu dalam bentuk sebegini pun ada. Flash card kalau tak silap. Dengan tajuk-tajuk yang menarik. Kalau boring baca buku, boleh bermain dengan kad ini. Aktiviti interaktif antara ibu bapa dengan anak-anak. Jangan asyik mengadap televisyen, komputer dan iPad sahaja :p

Untuk info lanjut mengenai produk di Alimkids Bookshop, layari http://alimkidsbookshop.com/


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “AlimKids Bookshop”

  1. […] Puan Sherrina ada membuat satu review mengenai ALIMKids Bookshop di blog beliau. Suka kami berkongsi pandangan dan review beliau dengan anda […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *