Selasa lepas sempat join member-member MRSM Terendak di restoran western Mustafa Jones di Taman Melawati. Fuh ramai orang. Mungkin sebab esoknya itu cuti umum Deepavali. Shimi dan isterinya, Mastot pun ada. Ikhwan pun join. Kami berempat duduk sembang lepak dari jam 9pm sampai jam 11pm.

beef burger mustafa jonesUntuk kali ini, Sherrina mencuba beef burger pula. Tak sabar menunggu sebab beef burger disini patty dibuat sendiri. Bukan sejuk beku dari pasaraya. Tapi humang aihh….lama nak tunggu pesanan sampai. Air teh tarik pun setengah jam. Tang ini yang sedikit gagal. Lupa nak hantar pesanan. Walhal, kalau hantar air dulu dah boleh untung kat air tu sebab akan order lagi air. Kita faham makanan ambil masa untuk dihidangkan.

Tapi hampir jam 11 malam pun tak siap-siap. Terpaksa panggil pelayan beberapa kali untuk minta periksa makanan. Akhirnya dapat juga. Mujurlah kawan-kawan yang dah habis makan sudi menemani sambil berbual-bual. Layan dengan french fries dua pinggan. Terbaik!

Patty burger segar dan tebal. Terasa rempah ratus didalamnya. Ada cheese dan mustard (my favourite!). Agak tebal burger ini. Memang puas dan kenyang. Harganya RM7.

Kalau nak cuba burger beed yang lain dari yang lain, bolehlah ke Mustafa Jones. Tapi seeloknya datang awal supaya tidak terserempak pula dengan kumpulan pelanggan yang datang beramai-ramai yang biasanya mengambil masa lama untuk disiapkan hidangan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.