Majalah pilihan Sherrina bulan ini:
Kadang-kadang terlepas juga membeli macam SME ni. Tapi bila nampak, akan beli. Sebab ada banyak artikel menarik dan berfaedah didalam ini berkaitan SME. Yang paling mustahak ialah nak tahu event dan program terkini yang akan dijalankan.
Majalah PC memang wajib dibeli setiap bulan. Bacaan wajib untuk ketahui gadget terkini, informasi teknologi terkini dan tips-tips berkaitan teknologi especially freeware yang akan ditulis dalam setiap keluaran. Takkan miss membelinya!
Ternampak majalah ni semasa di kedai. Majalah ini dihasilkan sempena memperingati Steve Jobs yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Walaupun Sherrina bukan peminat produk Apple (tapi kalau dapat free, tak tolak punya. hehehe…), Sherrina sengaja beli majalah ini sebab rentetan hidup dan kejayaan Jobs ditulis dengan baik. Semuanya dalam satu naskah. Harganya cuma RM5.
Apa pula majalah pilihan anda setiap bulan?
Leave a Reply