Majalah pilihan Sherrina bulan ini:

SME magazine October 2011 Kadang-kadang terlepas juga membeli macam SME ni. Tapi bila nampak, akan beli. Sebab ada banyak artikel menarik dan berfaedah didalam ini berkaitan SME. Yang paling mustahak ialah nak tahu event dan program terkini yang akan dijalankan.

Majalah PC November 2011

Majalah PC memang wajib dibeli setiap bulan. Bacaan wajib untuk ketahui gadget terkini, informasi teknologi terkini dan tips-tips berkaitan teknologi especially freeware yang akan ditulis dalam setiap keluaran. Takkan miss membelinya!

Majalah Steve Jobs Ternampak majalah ni semasa di kedai. Majalah ini dihasilkan sempena memperingati Steve Jobs yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Walaupun Sherrina bukan peminat produk Apple (tapi kalau dapat free, tak tolak punya. hehehe…), Sherrina sengaja beli majalah ini sebab rentetan hidup dan kejayaan Jobs ditulis dengan baik. Semuanya dalam satu naskah. Harganya cuma RM5.

Apa pula majalah pilihan anda setiap bulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.