Food Review: Sani Char Kuey Tiow

Sabar ajelah. Dah tulis panjang-panjang pastu bila publish, kosong. Haihh…

Kalau korang kata Mali Char Kuey Tiow sedap, mungkin mahu cuba Sani Char Kuey Tiow. Terletak di Taman Tasik Titiwangsa berhadapan Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan, Sani Char Kuey Tiow beroperasi sejak jam 6 petang. Mungkin lebih awal, kurang pasti. Tapi menjelang jam 6 petang, dah ada pelanggan yang menikmati char kuey tiow yang enak disini.

sani char kuey tiow

Keistimewaan char kuey tiow disini ialah kuahnya yang mantap. Bilangan kuey tiow yang cukup-cukup dengan kuah dan udang juga sangat membantu. Udang? Tak kurang 5 ekor bersaiz besar.

Cuma disini parking boleh jadi sukar bila menjelang waktu puncak. Biasanya waktu malam. Jadi, kalau mahu menikmati hidangan disini dengan tenang, tak pening pasal parking dan makanan dihidangkan dengan cepat, datanglah di waktu petang.

Andaikata sepinggan char kuey tiow tidak mencukupi, mungkin mahu cuba western food. Harga western food disini sangat berpatutan.

Kesimpulannya: SEDAP!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.