APEC-YES2011: Adly Mukhtar

Semalam di APEC-YES 2011, saya mengikuti talk oleh 4 panel. Berkaitan perniagaan dalam bidang animasi, seni kreatif dan online business. Speaker pertama, tauke Upin Ipin. Talk yg bagus. Speaker kedua, mengenai projek tempatan pertama: War Of The Worlds: Goliath. Gempak. Animasi ala-Hollywood oleh anak tempatan. Speaker ketiga, berasal dari Kelantan. Kurus kecil berdiri diatas pentas. Adly Mukhtar. Membuka mukadimah dgn mengaku ini kali pertama dijemput berceramah dalam Bahasa Inggeris dan meminta maaf kerana BI kurang bagus seperti speaker lain.

Bila beliau membuka cerita berniaga usia 16 tahun dan mempamerkan angka-angka keuntungan perniagaan yg tak kurang 5 digit, hadirin mula duduk tegak memberi perhatian. Ketika rakan seusia sibuk di menara gading, beliau membina perniagaannya dari bawah. Satu demi satu slaid dipaparkan penuh dengan angka-angka hebat untuk anak muda sepertinya. Di akhir seminar, tuan moderator dan speaker ke-5, Tiara Jacquelina pun berseloroh, mereka dah salah pilih bidang selepas mendengar presentation Adly.

Tamat program, Adly paling ramai diserbu peserta! Syabas anak muda, anda bagaikan Bill Gates versi Malaysia 🙂

Adly Mukhtar adalah pengasas Flarebiz Network yang mengeluarkan Majalah Niaga dan Komik Niaga. Kini menerajui sistem dropship Sinar Niaga.

flarebiz

5 Comments


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *