ANSARA: PM Unplugged

Acara PM Unplugged iaitu program ahli ANSARA (Bekas Pelajar MRSM SeMalaysia) bersama Perdana Menteri Malaysia berlangsung dengan jayanya pada 15 Oktober yang lalu di PWTC. Sherrina terlibat sebagai volunteer disana membantu kaunter pendaftaran keahlian ANSARA.

Sherrina sampai di PWTC jam 8.30 pagi. Sanggup gi awal walaupun event hanya bermula jam 2.00pm kerana dua sebab. Pertama ialah nak dapatkan parking dibawah PWTC. Memandangkan pada hari yang sama juga ada event HalFest di PWTC, dijangka parking akan penuh. Kedua kerana ada kerja menyusun dan mencetak senarai ahli yang sepatutnya dah siap tapi tak sempat dicetak. Maka, Sherrina ambil peluang duduk di McD The Mall untuk menyiapkan semuanya kemudian cetak di The Mall.

Majlis bermula dan berjalan dengan lancar. Dengan bantuan 2 orang volunteer from Ansara lain, 118 ahli baru Ansara didaftarkan. Sherrina sendiri pun lari kejap-kejap je masuk ke dewan sebab orang mendaftar di kaunter tidak putus.

Jam 7pm, kami wrap-up dan berkemas pulang. Sangat penat tapi puas hati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.