Food Review: Mustafa Jones Burger

Aneh sekali kerana Sherrina tak pernah tahu wujudnya sebuah restoran menyajikan western food yang sungguh sedap pada harga sungguh berpatutan di kawasan perumahan Sherrina. Itupun hanya diketahui bila melihat foto makanan yang dimuatnaik oleh Zac Zakwan di Facebook. Ketika dimaklumkan yang kedai Mustafa Jones berada di AU5D, terkejut dibuatnya sebab tak pernah tahu. Rasanya dah khatam bab kedai makan di sekitar Ulu Klang ni. Rupanya ada lagi yang tak diketahui.

Setelah menyiasat melalui Zac, rupanya restoran ini telah berpindah ke Taman Melawati. Pertama kali Sherrina ke sana ialah pada minggu yang lalu bersama rakan MRSM Terendak iaitu Shimi dan Ikhwan. Tak sempat Sherrina mengambil foto yang bagus ketika itu. Malam tadi Sherrina ke sana semula.

Mustafa Jones ini warga African-American yang mahir menyediakan masakan western berasaskan daging dan ayam seperti steak, lamb shoulder, burger, chicken wings dan lain-lain lagi. Makanan yang dihidangkan gerenti dibakar, bukan digoreng atau dimasak didalam oven seperti di sesetengah tempat kerana ketika anda hendak melangkah masuk ke restoran, anda akan lihat Mustafa Jones sedang sibuk membakar daging dan ayam di ruang hadapan restoran.

Mustafa Jones Burger terletak didalam premis P-One Kopitiam (lupa namanya) yang terletak sebelah kedai haiwan peliharaan. Kedudukannya di belakang Jabatan Pendaftaran Negara Taman Melawati. Berhadapan tapak pasar malam/pasar tani Taman Melawati.

Antara hidangan yang terkenal disini ialah burger, beef ribs, lamb shoulder, sirloin steak, ribs eye dan beberapa menu lagi. Antara kegemaran Sherrina disini ialah lamb shoulder, potato salad, coleslaw dan french fries.

lamb shoulder
Lamb shoulder

Lamb shoulder dihidangkan dengan potato salad dan roti pita. Roti pita tu sedap. Potato salad di Mustafa Jones Burger juga setanding dengan potato salad di Kenny Rogers tetapi pada harga yang lebih murah. Lamb shoulder ni diperap dengan bahan-bahan yang sedap. Daging lamb ini juga lembut dan manis.

French fries ni pun sedap. Garing, tak berminyak dan ada flavour. Macam fries kat McD yang kene letak serbuk dalam kertas bersama fries dan goncang-goncang.

Overall, menu disini memang sedap. Kualitinya setanding restoran ternama tetapi pada harga yang sangat berpatutan. Set lamb shoulder, 1 set fries, 1 gelas jus oren dan 1 gelas ais kosong berharga RM25.50.

Kalau nak cuba, bolehlah ke Mustafa Jones Burger. Ianya dibuka pada hari Selasa-Sabtu. 6.30 petang hingga 11.00 malam. Jangan datang lewat sangat. Tadi pun sampai agak lewat, ada menu yang sudah habis.

View Larger Map


Posted

in

by

Tags:

Comments

One response to “Food Review: Mustafa Jones Burger”

  1. […] by sherrina Selasa lepas sempat join member-member MRSM Terendak di restoran western Mustafa Jones di Taman Melawati. Fuh ramai orang. Mungkin sebab esoknya itu cuti umum Deepavali. Shimi dan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *