Bestfriend, BizStart dan Meeting Ansara

Fuh, hari ini betul-betul pack dari pagi sampai tengah malam. Tu pun terlewat bangun penangan Ponstan akibat sakit pingggang. Gi klinik doktor buat test urine, ada kebarangkalian kene batu karang. So dia kasi ubat utk bunuh kuman-kuman dan datang balik lepas seminggu untuk check. Alhamdulillah, lepas makan segala ubat yang doktor bagi, lenguh pinggang tu pun dah hilang. Mintak-mintak takde le batu karang tu.

Pagi lagi kawan baik zaman blaja di UTMKL call. Zura. Rupanya dia cuti gi buat kad pengenalan. First time nak mengundi. Keh…keh..keh…jumpa di Taman Melawati sarapan sama-sama sambil sembang. Walaupun dok dekat, nak jumpa 6 bulan sekali pun payah. Maklumlah masing-masing sibuk dengan urusan hidup. Dia plak dah kawin beranak-pinak, so lagilah payah nak jumpa.

Lepas sarapan, terus gi Sunway Pyramid Convention Centre untuk hadiri program 2 hari BizStart. Dah lewat so sampai je lepak jap terus pi lunch. Saja lunch awal sebab nak naik ke workshop design website awal. Dapat duduk depan. Kol 2 dah siap2 buka laptop di dewan, blaja Joomla. Trainer daripada Juz IT Sdn Bhd. bernama Kevin, memang cool dan bagus. Ajar step by step. Dalam masa 3 jam tu boleh siap lah simple website guna Joomla yang selama ni payah bebeno aku nak paham. Dah ada basic, bolehlah explore lagi.

iPay88 at BizStart

Pastu stay untuk dengar talk daripada iPay88 di bilik yang sama. Speakernya pun bagus. Tapi masa singkat sangat. Cuma yang paling seronok sebab dapat tahu ada pakej iPay88 untuk Facebook which is RM288 kalau tak silap dan yang paling best ialah…….iPay88 dan available dalam Ecwid! Yahooo…….settle masalah nak dapatkan satu sistem shopping cart free utk beginner yg merangkumi 3 perkara sekaligus iaitu di WordPress, Facebook Pages dan mobile version. Best giler!

Habis sesi iPay88, terserempak dgn member Wena, Pn. Rosnah. Dia dok sembang ngan kawan dia di table ActionCoach. So join sama, amik lah sesi 15 minutes free coaching. Fuh best lah! Dengan beberapa soalan yang selama ni tak terpikir pun nak tanya diri sendiri, dapat line out some stuffs about myself dan bisnes yang perlu difikirkan untuk future. Sign-up dengan program 6 steps sebab ada offer RM50 instead of RM90 yang akan diadakan di ofis ActionCoach bulan Oktober ni. Rupanya Dr Azizan pun blaja dengan dorang juga. Hohoho….

Habis sesi tu, gi tengok networking session geng2 mobile solution provider. Tapi tak stay lama sebab rush ke Hotel Singgahsana pula meeting Ansara. Bincang pasal acara PM Unplugged. Very interesting session especially sebab dok pikir apa cara nak tarik Gen-X,  Gen-Y dan Gen-Z untuk join program ni.

Tu ajelah cerita hidupku hari ini. Esok? Sambungan BizStart dan nak kene follow-up some clients ad prospects. Minggu ni jadual super-tight, minggu depan kembali fokus seperti biasa. Sebelum aku sign-off, jom layan gambar dibawah ni. Amik masa nak ke kereta di roof top Sunway Pyramid. Keindahan ciptaan Allah…

senja


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *