Sakit Pinggang dan Majalah Pilihan

Hari ini diisytiharkan hari paling tidak produktif. Sepatutnya hari Isnin hari yang paling best. Hari yang paling ditunggu-tunggu sebab banyak kerja hendak dilakukan. Tapi suku pagi sudah habis di kedai printing Achik menunggu giliran membuat rubber stamp semata-mata nak guna utk buka current account. Punyalah ramai umat di Achik, pastu punyalah lama. Yelah, masing-masing nak design macam-macam. Kan bagus kalau ada kaunter khusus utk design mende kecil seperti rubber stamp yang hanya teks dua baris? Haihhh…

Selepas sejam siap, ke KKlub pula untuk meninjau lokasi untuk program cuti sekolah. Selepas berbincang dengan pegawai bertugas dan melihat kemudahan yang ada, aku ke kopitiam disitu. Barulah nak bersarapan + makan tengahari.

Selesai makan, menuju ke Senawang kerana ada client mahukan 1 to 1 coaching mengenai penggunaan email. Tetapi tak sampai separuh jalan, terpaksa patah balik dan hubungi beliau untuk batalkan. Sakit pinggang yang teramat-amat! Pagi tadi memang ada rasa sikit tapi tak diendahkan sebab taklah teruk sangat. Tapi menjelang tengahari memang tak tahan. Lenguh pinggang. Rasa macam nak cabut je pinggang ni!

majalah pc dan majalah jutawan

Singgah di kedai runcit membeli Yoko Yoko dan SalonPas. Ternampak majalah Jutawan dan majalah PC, diambil juga. Buat mengisi masa sementara terbaring di rumah nanti. Sampai di rumah terus tenyeh ubat, tampal koyok. Berderu-deru angin keluar tapi hingga malam ini, tidaklah berkurangan sakit pinggang ni. Nak berjalan atau bangun dari katil, punyalah seksa!

Harap-harap esok legalah kesakitan ini. Sepatutnya esok ke Universiti Malaya kerana ada event disana dan petangnya ke PAKK berjumpa dengan Ian mengenai program sukarelawan sebelum meeting dgn kengkawan di Ampang Jaya. Tapi kalau tak selesai gak masalah pinggang ni, sangkutlah jawabnya. Huhuhu…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.