Food Review: Tutti Fruitti vs Moo Cow

Sherrina baru aje berkecimpung dalam arena memakan frozen yoghurt ni. First time rasa Tutti Frutti masa gi buka puasa dengan geng di Bandar Sri Permaisuri. Lepas berbuka pekena Tutti Frutti. Pengalaman pertama yang menarik, mengujakan dan membuatkan ketagihan. Oh bahaya!

Beberapa hari selepas raya gi lepak ngan member di Wangsa Walk. Ada kiosk Moo Cow. Konsep makanan macam Tutti Frutti cuma perbezaan harga dan variasi perisa serta toppings.

Mari kita cuba bandingkan kedua-duanya. Mungkin kurang tepat, maka untuk ketepatan optimum anda sendirilah kene cuba ye:

PAKEJ

TF: Ada 3 saiz mangkuk. Amik sendiri iaitu yoghurt dan toppings. Kemudian timbang

MC: 1 saiz mangkuk. Mereka buatkan. Fix price. RM9.90 per cup. RM1 per topping

Sherrina: TF best sebab beri kebebasan kita berkarya dan kreatif tapi awas…silap gaya mahal jadinya sebab semakin berat semakin mahal. MC satu harga jadi agak selamat.

PERISA

TF: Banyak perisa frozen yoghurt. Boleh campur-campur dalam satu mangkuk.

MC: Perisa tetap ialah original. Perisa lain diubah-ubah setiap bulan ikut promosi, kata pekerjanya.

TOPPING

TF: Banyak pilihan topping. Kacang gajus sangat sedap.

MC: Tak banyak sangat. Cuba topping sunflower seed. Oklah, kena juga dgn aiskrim yoghurt

TEKSTUR

TF: Sedikit kasar.

MC: Halus dan lembut. Hampir sama rasanya macam original flavour TF

ENVIRONMENT

TF: Outlet yang santai. Ada tv dan wifi’

MC: Kiosk

Sherrina: Agaknya sebab tu TF mahal sikit sebab kos sewa lebih tinggi

HARGA

TF: RM 5.30 / 100g (yoghurt + toppings)

MC: RM9.90 (180g) yoghurt. 1 topping berharga RM1. Sesudu. Katanya dalam 8-10g

Sherrina: Harga TF termasuk harga topping. Maknanya, kalau amik banyak topping maka bayar lebih banyak. Aneh juga sebab some topping sangat murah tapi harganya diseragamkan dengan harga aiskrim yoghurt. Tapi susah juga nak timbang topping dan yoghurt asing-asing kan. Oleh itu pilih topping dengan bijak.  MC pula lebih selamat sebab harga topping seragam iaitu RM1 bagi setiap topping. Jadi, mudah nak budget.

KESIMPULAN

Dua-dua pun best. Quality wise, Tutti Frutti menang sebab tekstur, pilihan perisa yoghurt dan pilihan toppings yang banyak. Dari segi harga, susah nak kata. Jika kita calculate harga per gram, kedua-duanya hampir sama. Lebih kurang 5 sen/1gram. Cuma TF jadi mahal sebab timbangan yoghurt dan toppings disekalikan. MC pula tidak.

FAKTA MENARIK:

TF menggunakan bahan mentah dari luar negara (terbaca di Facebook Pages TF mengenai notis penutupan sementara kerana masalah bahan mentah) kalau tak silap Sherrina. MC guna susu Marigold fresh milk aje. Siap tunjuk lagi masa sembang.

FAKTA TAK MENARIK:

TF akan buka di Ukay Boulevard. Shop house depan Zoo Negara. Maknanya Sherrina boleh jalan kaki je dari rumah nak ke TF. Oh bahaya!

Gambar TF takde dalam handphone. Nanti next trip Sherrina akan ambil gambarnya.

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *