Food Review: Buffet Ramadhan Hotel Ancasa KL

Petang semalam Sherrina dan rakan-rakan AJK Ansara Terendak dijemput berbuka puasa di Hotel Ancasa oleh Dato’ Razali Ibrahim selaku Presiden Ansara Terendak. Ini kali pertama Sherrina mencuba buffet di Hotel Ancasa ini. Hotel ini yang terletak bersebelahan Puduraya dan Petaling Street ini menawarkan buffet Ramadhan pada harga berpatutan.

Memandangkan nak sampai ke lokasi tu akan menempuh banyak jalan yang terkenal dengan traffic jam, Sherrina keluar dari rumah seawal jam 3.30 petang. Tiba disana jam 4.30 petang dan dapat parking dengan mudah di parking yang disediakan oleh hotel. Sementara menunggu waktu berbuka, sempat menyiapkan beberapa kerja yang perlu dihantar dengan segera kepada pelanggan.

Jam 7 petang kami masuk ke restoran dimana buffet Ramadhan disediakan. Susunan meja sangat selesa dan tidak sesak. Cukup ruang untuk bergerak dengan mudah. Kelihatan deretan makanan disusun. Antaranya kambing bakar, sate, roti jala, kebab, masakan cina, masakan india, kuih-muih, cempedak goreng (yang menjadi tumpuan ramai), apam balik pun ada. First time jumpa di buffet Ramadhan! Nasi dan lauk-pauk, buah-buahan dan manisan.

Buffet Ramadhan Hotel Ancasa
Dah lama tak pekena buffet, dah lupa formula makan di buffet.

 

Buffet Ramadhan Hotel Ancasa
Kambing bakar! Kaunternya di belakang meja kitorang...best!

Buffet Ramadhan Hotel Ancasa
Ruangan dessert. Macam-macam ada!

 

Buffet Ramadhan Hotel Ancasa
Kuih-muih disusun didalam bakul

 

Buffet Ramadhan Hotel Ancasa
Bakul kuih disusun pada roda bergerak! Cool giler! Nak pilih kuih boleh pusingkan roda ni.

 

Buffet Ramadhan Hotel Ancasa
X paham motip bagi cawan kecik. Nak suh org exercise jalan banyak kali amik air ke?

 

Kesimpulannya, makanan dan suasana yang bagus. Tak sempit dan sesak sangat. Tapi lokasi di kawasan yang jem tu agak kureng sket. Unless memang dah ada di tengah KL, ok lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *