Kursus Percuma Oleh MDEX

Semalam Sherrina berpeluang menghadiri kursus percuma mengenai asas eBay, PayPal dan MDEX yang dianjurkan oleh MDEX di Matrade. Kursus ini dihadiri hampir 30 orang peserta dan ianya diadakan percuma.

Banyak ilmu baru yang dapat Sherrina pelajari. Yelah, semakin banyak yang kita pelajari…semakin banyak yang kita tak tahu. Dalam masa yang sama, Sherrina sempat juga bertukar-tukar ilmu dengan trainer kursus tersebut iaitu Carol Fung. Rupanya beliau lah orang Malaysia yang menjual safety pin dalam eBay yang sering menjadi bualan ketika Sherrina menghadiri satu seminar yang hampir serupa tahun lalu.

Beliau sangat hebat. Tak lokek ilmu dan tidak kedekut berkongsi pengalaman. Beliau kini dilantik oleh sebuah syarikat untuk mencurahkan kepakaran dan pengalamannya sehinggalah wujudnya platform MDEX yang bakal menjadi identiti Malaysia. Ianya satu projek yang digerakkan oleh MDEC. Cuba Google dan sertai. Tapi untuk menyertai sebagai penjual, anda perlu mempunyai syarikat berdaftar yang sah.

Carol Fung menunjukkan cara menggunakan sebuah alat untuk membantu proses mengambil gambar produk.

 

Carol Fung
Me and Carol Fung

 

Nak tahu lebih lanjut mengenai MDEX? Pergi je ke www.mdex.my

1 Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *