Kemalangan Pertamaku

Alahai…punah sudah rekod bersih pemanduan dua belas tahun tanpa kemalangan. Dilanggar tu pernah tapi melanggar manusia tu tak pernah. Nak dijadikan cerita, hari ini lah terjadinya.

Sherrina selesai meeting dengan seorang teman di Jusco AU. Jam 2 petang, Sherrina keluar dari Jusco. Mahu buat pusingan untuk naik ke DUKE. Bukan pusingan U di traffic light simpang 3 Jusco tu. Sherrina masuk ke kiri dan pusing di depan kompleks sukan AU2. Tiba-tiba kedengaran dentuman kuat daripada sisi kanan. Sebuah motorsikal sudah tumbang. Seorang lelaki pertengahan tahun dan anak perempuannya dalam usia 20 tahun terjatuh. Mujurlah tidak kuat dentuman itu. Mereka hanya tumbang akibat impak motor pada badan kereta. Anaknya tidak cedera tapi kaki dan tangan ayahnya luka akibat tersagat pada batu yang pecah di atas jalan.

Aduhai….panik tak terkata. Maklumlah, tak pernah melanggar orang. Terus Sherrina hentikan kereta di tepi jalan. Bantu tegakkan motor dan cuba bantu lelaki itu. Mesyuarat di Puchong nampaknya kena lah tunda aje. Sherrina terus meminta maaf berpuluh kali. Lelaki itu tidak berkata apa-apa. Setelah dibantu ke tepi jalan oleh orang ramai yang ada disitu, Sherrina membawanya ke klinik berdekatan. Anaknya meneruskan perjalanan ke tempat kerja di Jusco AU. Lelaki itu menunggang motornya dengan perlahan, Sherrina ikut dari belakang dengan kereta. Kami berhenti di klinik di Setiawangsa. Dua buah klinik dilawati, tiada doktor kerana waktu makan tengahari. Kami ke Klinik Idzham, setengah jam menunggu pun tak jumpa doktor lagi.

Menghampiri jam 3 petang, kami patah balik ke klinik pertama berdekatan stesen Petronas Setiawangsa. Sherrina pula tergocoh-gocoh ke mesin ATM kerana duit dalam poket tak cukup. Mujurlah ada teman yang baru memasukkan wang. Selepas rawatan yang mencecah RM90, kami ke bengkel motor pula untuk melihat kos pembaikkan motornya yang calar. Motor baru pulak tu. Alahai…cedera parak poket Sherrina.

Mujur juga kewarasan masih kukuh dalam diri. Tidaklah Sherrina lari daripada tempat kejadian. Jika tidak, nescaya lagi teruk. Rupanya beliau itu seorang anggota polis. Dalam lingkungan usia 40an. Kebetulan pada hari ini beliau tidak bertugas, menghantar anaknya ke tempat kerja dengan menaiki motorsilap. Seperti Sherrina juga, beliau telah menunggang motor selama 20 tahun. Inilah pertama kali kemalangan.

Beliau sungguh baik hati. Tidaklah beliau memarahi Sherrina. Kami saling meminta maaf. Salah masing-masing, lalai di jalanraya. Beliau akan menghubungi Sherrina semula selepas mengetahui kos membaiki motorsikalnya itu nanti.Pengajaran besar buat Sherrina juga agar lebih berwaspada di kemudian hari.

2 Comments

  • Haaaa … baru ler lulus sepenuhnya lesen ko tuhhh … sapa yg tak pernah accident tuhh .. kira tak lulus sepenuhnya laaa … asyik belajar good side jerr … bila kena bad side dah gelabah tak tentu pasal … kira lepas nih … ko akan lebih tenang bila berada di jalan raya … šŸ˜›


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *